v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

13 Pingat Emas Dipertandingkan pada Hari Ketiga Sukan Olimpik
2008-08-11 14:56:06 CRI

Acara pertandingan Sukan Olimpik Beijing memasuki hari ke-3 hari ini. Terdapat 13 pingat emas ditawarkan untuk direbut oleh para atlet.

Kontinjen China menyasarkan pingat dalam beberapa acara termasuk angkat berat, menembak dan terjun.

Dalam pertandingan semalam, 14 pingat emas telah dipertandingkan.

Atlet A.S., Michael Phelps memecah rekod dunia dalam acara 400m individu medley lelaki dengan catatan 4'3''84 dan berjaya merangkul pingat emas acara itu.

Pasukan Belanda menggondol pingat emas dalam acara 4x100m gaya bebas berganti-ganti wanita dan memecah rekod Sukan Olimpik dengan catatan 3'33''76.

Dalam pertandingan renang 400m gaya bebas lelaki, atlet Republik Korea, Park Tae Hwan menjadi johan. Ini merupakan pingat emas pertama bagi negara itu dalam sejarah acara renang Sukan Olimpik. Atlet China, Zhang Lin menjadi naib johan dan merupakan pingat pertama bagi perenang lelaki China dalam sejarah acara renang Sukan Olimpik.

Dalam acara 10m pistol angin wanita, atlet China, Guo Wenjun, 24 tahun, berjaya memperoleh pingat emas.

Atlet China, Guo Jingjing dan Wu Minxia berjaya merangkul pingat emas dalam acara terjun seirama 3m papan anjal wanita .

Dalam pertandingan akhir acara judo kategori 52 kilogram wanita, atlet China Xian Dongmei memenangi pingat emas.

Dalam acara angkat berat  kategori 56 kilogram lelaki, atlet China, Long Qingquan merangkul pingat emas.

Dalam acara angkat berat kategori 53 kilogram wanita pula, atlet Thailand, P. Jaroenrattanatarakoon berjaya meraih pingat emas.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |