v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pengenalan Tentang Persiapan untuk Upacara Perasmian Sukan Olimpik Beijing
2008-08-11 15:45:02 CRI

Upacara perasmian Sukan Olimpik Beijing telah diadakan dengan gilang-gemilang pada malam 8 Ogos lalu. Persembahan dalam upacara perasmian temasya Sukan Olimpik ini telah mempesonakan penonton di seluruh dunia dan meninggalkan kesan yang mendalam kepada kita.

Persembahan yang dianggap sebagai "Hidangan yang menyilau indah bergemerlapan" itu juga mendapat sanjungan tinggi daripada media pelbagai negara. BBC menyatakan bahawa mungkin sukar bagi Sukan Olimpik London pada 2012 nanti untuk menandingi kejayaan dan kecemerlangan upacara perasmian Sukan Olimpik Beijing.

Dalam upacara sambutan kontinjen dari pelbagai negara. Kontijen China, sebagai tuan rumah memasuki stadium akhir sekali. Seorang budak lelaki kecil berjalan bersama-sama dengan Yao Ming, pemegang bendera yang juga atlet bola keranjang terkenal China di hadapan kontinjen tersebut. Dialah Lin Hao, "pahlawan penyelamat dalam bencana gempa bumi Sichuan".

Ketika memperkatakan tentang reka cipta persembahan yang sedemikian rupa, Ketua Pengarah upacara perasmian itu, Encik Zhang Yimou berkata: "Kami merasakan rancangan ini amat bagus, kerana berjaya mempamerkan kesatupaduan dan semangat bangsa kita. Saya yakin ia juga dapat mempesonakan penonton di dalam dan luar negara."

Beliau menyatakan bahawa semua perancang upacara perasmian ini berasa terharu ketika melihat Lin Hao berasa gembira dan berjalan bersama-sama dengan Yao Ming mengeliling gelanggang itu.

Saat yang paling menarik dalam upacara perasmian ini ialah ketika bekas atlet gimnastik China, Li Ning menyalakan obor utama yang terletak tinggi di atas "Sarang Burung". Persembahan yang hanya berlangsung selama tiga minit itu berjaya diadakan melalui latihan yang bersungguh-sungguh. "Wira" yang menyalakan obor utama ini juga dipilih dengan teliti. Encik Zhang Yimou berkata: "Selepas kami mengemukakan laporan kepada Jabatan Am Sukan Negara China, mereka mencalonkan Li Ning dan Xiong Ni, bekas atlet terjun junam China. Xiong Ni mengikuti kesemua latihan bersama dengan Li Ning. Sebagai calon kedua, dia juga memberikan sumbangan yang besar."

Selain reka cipta yang teliti, perkhidmatan dalam bidang kawalan keselamatan, lalu lintas dan ramalan cuaca juga memberikan sumbangan bagi menjayakan upacara perasmian ini.

Masalah lalu lintas ketika diadakan upacara perasmian dan penutupan merupakan topik perbincangan orang ramai. Naib Ketua Pengarah Suruhanjaya Lalu Lintas Beijing, Encik Zhou Zhengyu menjelaskan bahawa: "Penduduk dan para penonton boleh dikatakan banyak yang membuat koordinasi dengan kami. Mereka menaiki bas dan melalui pemeriksaan keselamatan dengan teratur dan memberikan sokongan dan bantuan kepada kami untuk melancarkan lalu lintas."

Antara 40500 orang penonton yang hadir, 95% telah memilih kereta api bawah tanah atau bas untuk ke "Sarang Burung". Oleh itu, lalu lintas di sekeliling gelanggang itu amat lancar pada hari yang diadakan upacara perasmian itu.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |