v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Wawancara Khas dengan Pengerusi Jawatankuasa Olimpik Indonesia, Puan Rita Subowo
2008-08-12 15:32:07 CRI

Acara pertandingan Sukan Olimpik Beijing memasuki hari ke-4 hari ini., dan terdapat 19 pingat emas ditawarkan untuk direbut oleh para atlet. Dalam empat kali Sukan Olimpik yang lalu kontinjen Indoensia berjaya merebut beberapa pingat emas. Apakah agaknya matlamat kontijen Indonesia dalam temasya sukan kali in. Baru-baru ini, Pengerusi Jawatankuasa Olimpik Indonesia, Puan Rita Subowo telah diwawancara oleh wartawan CRI. Berikut ialah laporan terperinci tentang hal itu.

Dalam upacara perasmian Sukan Olimpik Beijing yang diadakan pada malam 8 Ogos lalu, kontinjen Indonesia yang memakai pakaian tradisional negara itu amat menarik perhatian orang ramai. Puan Rita Subowo menyatakan bahawa pemegang bendera kontinjen Indonesia ialah Oka Sulaksana, atlet papan luncur angin. Beliau pernah meraih pingat emas dalam Sukan Asia 1998 dan 2000. Puan Rita Subowo berkata, "Kami memilihnya sebagai pemegang bendera kerana ini merupakan kali terakhir beliau menyertai Sukan Olimpik. Beliau sudah menyertai Sukan Olimpik sebanyak empat kali."

Sukan Olimpik Beijing telah memasuki hari ke-4 hari ini, dan persembahan para atlet semakin menarik perhatian orang ramai. Dalam keempat-empat Sukan Olimpik yang lalu, kontinjen Indonesia berjaya merebut pingat emas acara badminton. Ketika memperkatakan matlamat Indonesia dalam temasya sukan kali ini, Puan Rita Subowo menyatakan bahawa, selain daripada acara badminton, mereka juga berharap meraih pingat dalam acara angkat berat. Katanya: "Kesemuanya bergantung pada persembahan atlet dalam pertandingan nanti. Kami tidak memberikan tekanan kepada mereka, dan berharap mereka menyertai pertandingan dengan senang hati."

Pegawai Jawatankuasa Olimpik Indonesia dan jurulatih memberikan sokongan yang besar kepada atlet negara itu untuk mempersembahkan peramainan mereka yang paling baik. Puan Rita Subowo menyatakan bahawa atlet perlu bersemangat meluap-luap untuk merebut pingat emas, dan beliau mendoakan agar mereka berada dalam keadaan yang paling baik.

Puan Rita Subowo menyatakan bahawa Indonesia amat memberikan perhatian kepada perkembangan sukan beberapa tahun kebelakangan ini. Suruhanjaya Sukan dan Kementerian Pendidikan Indonesia bekerjasama untuk melaksanakan rancangan memupuk kanak-kanak sekolah. Katanya, "Kami mengadakan pertandingan pemilihan di sekolah rendah dan sekolah menengah pada setiap tahun. Pemilihan yang diadakan pada tahun ini melibatkan 15 acara sukan, dan jumlah itu akan bertambah pada tahun depan."

Dalam rancangan memupuk bakat tersebut, selain taraf pertandingan, pihaknya juga mengutamakan usaha untuk membudayakan semangat Olimpik. Menunjukkan semangat "saling memahami, bersahabat, bersatu padu dan bertanding secara adil" kepada seluruh dunia merupakan matlamat utama Sukan Olimpik. Sehubungan dengan itu, Puan Rita Subowo melahirkan pandangannya sendiri. Katanya: "Saya merasakan semangat Olimpik perlu disebarkan. Semangat Olimpik tidak mengira etnik, jantina atau agama. Semangat Olimpik perlu ditetap dalam pendidikan kepada kanak-kanak. Kita perlu menerapkan semangat Olimpik ini kepada mereka ketika mereka masih kecil."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |