v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Usaha Mengatur Sukan Olimpik yang Dibuat oleh Pihak Penganjur China Amat Bagus
2008-08-13 13:53:11 CRI

Antara semua teman luar negara yang hadir dalam Sukan Olimpik Beijing ini, Henry Kissinger merupakan orang yang paling banyak mendapat perhatian orang ramai. Pada tahun 1971, beliau sebagai utusan khas Presiden A.S., Richard Nixon buat pertama kalinya melawat China, dan bersama-sama dengan pemimpin China membuka pintu dialog antara kedua-dua negara. Dalam tempoh 37 tahun selepas itu, beliau kerap kali mengadakan lawatan ke China dan menyaksikan kejayaan yang dicapai oleh China sejak dasar pembaharuan dan pintu terbuka dilaksanakan 30 tahun lalu.

Encik Henry Kissinger menghadir Sukan Olimpik Beijing atas undangan Institut Urusan Luar Negara Rakyat China. Ketika diwawancara oleh wartawan CRI pada 9 Ogos lalu, beliau menyatakan bahawa usaha mengatur sukan ini yang dibuat oleh pihak penganjur China amat bagus. Kata beliau: "Sesebuah bandar penganjur Sukan Olimpik sentiasa berharap untuk menjayakan temasya sukan ini. Saya pasti, tiada Sukan Olimpik yang terdahulu yang serupa dengan Sukan Olimpik Beijing ini kerana mendapat bagitu banyak sokongan. Ini menunjukkan China mempunyai kedudukan yang penting di dunia."

Upacara perasmian Sukan Olimpik Beijing yang cemerlang meninggalkan kesan yang mendalam kepada Encik Henry Kissinger. Kata beliau: "Saya sangat kagum dengan upacara perasmian ini. Ia menunjukkan keyakinan rakyat China dan sumbangannya kepada seluruh dunia."

Ketika memperkatakan perubahan yang dialami oleh China sejak dasar pembaharuan dan pintu terbuka dilaksanakan 30 tahun lalu, Encik Henry Kissinger menyatakan bahawa, 37 tahun lalu, beliau tidak menjangka China akan menganjurkan Sukan Olimpik. Pada masa itu, Beijing dianggap sebagai "ibu negara basikal". Keperluan hidup amat kurang dan teknologi masih mundur di China. Ketika Presiden Richard Nixon melawat China, delegasi A.S. terpaksa membawa banyak kemudahan komunikasi. 37 tahun sudah berlalu, Encik Henry Kissinger kagum dengan perubahan besar di China. Kata beliau: "Kini, China merupakan sebuah negara yang mempunyai teknologi yang tinggi dan masyarakatnya berkembang maju. Kejayaan ini dicapai dengan bimbingan pemimpin China dan usaha rakyatnya. Saya berkenalan dengan pemimpin China dalam beberapa generas, dari Pengerusi Mao Zedong hingga ke Presiden Hu Jintao. Perubahan masyarakat China sama dengan perubahan bentuk bangunan di bandar China, sentiasa mendapat perhatian orang ramai."

Ketika memperkatakan hubungan China-A.S., Encik Henry Kissinger menyatakan bahawa China mempunyai sejarah sepanjang 5000 tahun dan mengalami pemerintahan lebih 20 dinasti, manakala, A.S. hanya mempunyai sejarah sepanjang lebih 200 tahun. Oleh itu, kedua-dua pihak pasti mempunyai pandangan yang berbeza-besa dalam menghadapi apa jua perkara. Beliau menyatakan bahawa di samping mengekalkan konsep menilai diri sendiri, A.S. perlu juga menghormati sejarah dan konsep penilaian negara yang lain, dan tidak campur tangan dalam urusan dalaman negara lain. Beliau juga menyatakan bahawa China dan A.S. perlu berpandangan jauh ketika melaksanakan hubungan du ahala kedua-dua negara, dan mengekalkan dialog dan kerjasama. Kata beliau: "Kita perlu meningkatkan pertukaran dan pemahaman kebudayaan kita yang berbeza antara satu sama lain. Kita perlu sentiasa ingat banyak masalah di dunia ini hanya dapat diselesaikan melalui kerjasama China dan A.S."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |