v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Media Seberang Laut Puji Prestasi Cemerlang Kontinjen China
2008-08-14 15:38:04 Agensi Berita Xinhua China

Beberapa media utama di seberang laut membuat laporan tentang Prestasi cemerlang yang dicapai oleh kontinjen China dalam gelanggang pertandingan Sukan Olimpik baru-baru ini. Media juga memberi pujian kepada rakyat China terhadap keghairahan mereka menghadapi acara pertandingan sukan itu.

Akhbar harian sukan Perancis "L'Equipe" menerbitkan rencana semalam yang menyebut, penonton China dilihat berdisiplin dan bertingkah laku baik ketika menyaksikan pertandingan. Ketika berlangsungnya acara gimnastik, mereka memberi tepukan yang gemuruh kepada setiap atlet yang bertanding, tidak kira dari negara mana.

Akhbar Filipina "The Manila Times" pula menerbitkan rencana hari ini yang menyatakan, isu-isu politik yang diuar-uarkan dengan menggunakan peluang Sukan Olimpik Beijing diadakan menjadi semakin kurang. Ini selaras dengan semangat Olimpik. Rencana itu juga menyebut, sukan dan persahabatan merupakan inti pati Sukan Olimpik.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |