v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

9 Pingat Emas Telah Dimenangi Pada Hari Keenam Sukan Olimpik Beijing
2008-08-14 18:40:29 CRI

Sehingga pukul 6 petang tadi, 9 pingat emas daripada 17 pingat yang ditawarkan hari ini iaitu hari keenam Sukan Olimpik telah dimenangi.

Atlet Jepun, Kosuke Kitajima merangkul pingat emas acara renang kuak dada 200m lelaki.

Atlet China, Liu Zige meraih pingat emas acara renang gaya kupu-kupu 200m wanita dan memecah rekod dunia dengan 2'04''18. Rakannya, Jiao Liuyang mendapat pingat perak acara tersebut.

Atlet Perancis, Alain Bernard berjaya mendapat pingat emas acara renang gaya bebas 100m lelaki.

Australia memenangi acara renang 4x200m gaya bebas berganti-ganti wanita dan memecah rekod dunia dengan 7'44''31. Pasukan China menang pingat perak.

Atlet China, Du Li mendapat pingat emas acara rifle tiga posisi 50m wanita.

Atlet China, Yang Wei mendapat pingat emas acara gimnastik serba boleh perseorangan lelaki Sukan Olimpik Beijing.

Atlet Itali, Cainero Chiara menjadi juara acara menembak pinggan terbang dua hala wanita. Atlet senegaranya, Andrea Minguzzi mendapat pingat emas acara gusti Greco-Roman 84 kg lelaki.

Pemanah China, Zhang Juanjuan meraih pingat emas acara memanah perseorangan wanita.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |