v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pameran Seni Olimpik 2008 Diadakan
2008-08-14 14:05:12 CRI

Di samping para atlet yang bertanding dalam temasya sukan ini, seniman dari pelbagai negara juga memberikan sumbangan mereka. Pameran Seni Olimpik 2008 diadakan di Beijing pada 11 Ogos lalu. Sebanyak 800 buah lukisan dari lebih 50 buah negara telah dipamerkan.

Seniman yang terkenal di seluruh dunia berkumpul di Pusat Pameran Antarabangsa China pada 11 Ogos lalu. Mereka membawa lebih 800 buah karya yang dibuat khusus untuk Sukan Olimpik Beijing ini, antaranya termasuk lukisan cat minyak, lukisan tradisional China dan arca-arca.

Pelukis India, Puan Halak Vaidya menciptakan karya berbentuk penguin, helang, gajah, dua orang manusia masing-masing berada dalam lima bulatan Olimpik untuk memperlihatkan semangat Olimpik, iaitu "lebih tinggi, lebih pesat, dan lebih hebat". Katanya: "Penguin merupakan binatang yang paling pantas berenang, helang terbang hebar di angkasa, manakala gejah merupakan binatang yang paling hebat di tanah. Dua orang manusia melambangkan perpaduan dan persahabatan."

Selain semangat Olimpik, keharmonian dan perpaduan turut merupakan tema utama karya yang dipamerkan kali ini. Pelukis China, Encik Long Rui menyatakan bahawa semangat Olimpik membawa makna yang sama dengan konsep keharmonian dalam kebudayaan China. Katanya: "Inti sari semangat Olimpik ialah melampaui diri sendiri, menyempurnakan diri sendiri dan meningkatkan diri sendiri. Kesemua ini sama dengan inti sari kebudayaan China, iaitu bersaing berdasarkan keharmonian."

Sehubungan dengan itu, pelukis Chile, Francisco Salas menggabungkan Sukan Olimpik, Beijing dengan tema "keharmonian" dalam karyanya. Katanya: "Saya melukis 'Sarang Burung', peta China dan kedudukannya di peta dunia. Karya saya bertajuk 'Sukan Olimpik dan Geografi' kerana bunyi akhir perkataan 'geografi' dalam bahasa Greek bermakna 'keharmonian'."

(arca Encik Jacques Rogge )

Pengerusi Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, Jacques Rogge menghargai pameran tersebut. Beliau menyatakan bahawa karya-karya ini bukan sahaja menggambarkan kindahan sukan, tetapi juga memperlihatkan nilai kebudayaan dan kesukanan. Kata beliau: "Kesemua karya ini memperlihatkan kepopularan acara sukan dan sukan dapat menyatupadukan rakyat seluruh dunia. Pameran ini juga memainkan peranan pendidikan bagi kita. Seniman memperoleh ilham daripada acara sukan, dan para penonton pula dapat menikmati keindahan seni dan sukan."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |