v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Media Asing Puji Pelaksanaan Sukan Olimpik Beijing
2008-08-15 16:34:51 CRI

Beberapa media asing utama telah membuat liputan meluas terhadap prestasi cemerlang kontinjen China, dan memberi pujian terhadap pelaksanaan Sukan Olimpik Beijing yang teratur dan memudahkan.

Akhbar The News Pakistan semalam menyiarkan laporan dari wartawannya di Beijing semalam yang kagum dengan kedinamikan media China semasa mengadakan liputan Sukan Olimpik. Kontinjen China tetap menduduki tempat pertama dalam kutipan pingat emas sejak Sukan Olimpik Beijing dirasmikan. Sama dengan kontinjen negaranya, media China juga bersaing untuk merebut kedudukan "media hebat" dalam membuat liputan.

Akhbar utama Mesir, Al-Ahram dalam rencananya menyebut, Sukan Olimpik memperlihatkan kemajuan yang dicapai China sejak dasar pembaharuan dan pintu terbuka dilaksanakan. Konsep "Satu Dunia, Satu Impian" dihasilkan daripada ajaran Konfusianisme China yang bersejarah beberapa ribu tahun. Konsep "Pembangunan Harmoni" yang dikemukakan China merupakan tafsiran baru dan pelaksanaan semula ajaran Konfusianisme. Kesedaran harmoni memperlihatkan kebudayaan China yang terbuka dan penuh dinamik.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |