v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Xian Dongmei, atlet China meraih pingat emas dalam pertandingan judo wanita kategori 52 kg, Sukan Olimpik Beijing
2008-08-15 15:10:57 CRI

Atlet Judo China, Xian Dongmei telah mengalahkan atlet Jepun, Yokosawa Yuki selepas 66 minit dalam sukan Olimpik Athens tahun 2004. Kini beliau berjaya meraih pingat emas Sukan Olimpik Beijing 2008 pula dalam acara pertandingan judo wanita kategori 52 kg. Kejayaan kali ini dicapainya selepas beliau berkahwin dan melahir seorang anak perempuan.

Xian Dongmei mengambil keputusan untuk menyertai pertandingan Sukan Olimpik Beijing dalam acara yang luar biasa ini dengan galakan daripada pelatih dan anggota keluarganya. Oleh itu, beliau terpaksa berpisah daripada anak kecilnya yang baru berumur 4 bulan demi memulakan latihan. Ketika diwawancara oleh wartawan, beliau berkata bahawa saya akan berjumpa dengan anak saya secepat yang mungkin dan saya akan melepaskan rindu dan mencurahkan kasih sayang kepadanya.

Dalam pertandingan piala dunia acara judo berpasukan yang diadakan pada akhir tahun yang lalu, beliau telah meraih dua pingat emas dalam pertandingan peringkat A Eropah pada tahun ini hingga melayakkannya untuk menyertai pertandingan pemilihan dalam negara China bagi Sukan Olimpik Beijing.

Untuk menjadi atlet sukan yang berjaya, banyak kesusahan dan kesukaran yang terpaksa dilalui. Hal ini hanya diketahui dan dialami oleh Xian Dongmei dan palatihnya, Fu Guoyi. Kata beliau bahawa terdapat beberapa orang atlet yang berhasrat untuk meraih pingat emas bagi acara judo ini. Mereka membuat banyak latihan, tetapi mereka gagal. Xian Dongmei hari ini meraih pingat emas yang pertama dalam acara judo kategori 52 kilogram wanita, beliau menunjukkan prestasi yang memuaskan.

Dalam sejarah sukan China, jarang terdapat atlet yang menyertai Sukan Olimpik selepas melahir anak, lebih-lebih lagi judo kategori 52 kilogram wanitaini.

Xian Dongmei ialah atlet wanita berumur 33 tahun yang telah meraih pingat emas dalam Sukan Olimpik ini selepas mengalahkan atlet DPRK, An Ka dalam pertandingan acara judo kategori 52 kilogram wanita. Beliau merasakan kejayaannya kali ini tidak banyak bezanya dengan kejayaan 4 tahun yang lalu, hanya beliau merasa rindu kepada anaknya yang ditinggalkannya dan ingin segera menikmati kehidupan yang tenang.


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |