v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Presiden Singapura Puji Kemudahan di Perkampungan Olimpik
2008-08-15 13:50:40 CRI

Berdasarkan laporan akhbar "Lianhezaobao" Singapura semalam, Presiden Singapura, S.R Nathan amat berpuas hati terhadap kemudahan-kemudahan di Perkampungan Olimpik.

Beliau menyatakan demikian selepas mengakhiri lawatan ke Perkampungan Olimpik Beijing kelmarin.

Ketika diwawancara oleh media Singapura, beliau menyatakan, pihak penganjur telah menyediakan kemudahan yang kondusif kepada para atlet, jurulatih dan pegawai kalangan sukan dari pelbagai negara. Penginapan dan kemudahan hidup yang selesa ini membolehkan para atlet mempersembahkan prestasi yang terbaik dalam gelanggang pertandingan Sukan Olimpik.

Menteri Pertahanan merangkap Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura, Teo Chee Hean pula menyatakan, kemudahan yang sempurna dan perkhidmatan yang ramah mesra di Perkampungan Olimpik menjadikan para tetamu berasa seperti berada di rumah sendiri. Atlet-atlet Singapura juga amat berpuas hati terhadap kemudahan di perkampungan itu.

Kedua-dua tokoh juga amat berpuas hati terhadap prestasi kontinjen Singapura di gelanggang sukan ini. Atlet Singapura diharap mempersembahkan prestasi yang lebih memberangsangkan dalam acara pertandingan seterusnya.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |