v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Dua Lagi Keputusan Positif Ujian Ubat Perangsang dalam Sukan Olimpik Beijing
2008-08-15 16:08:36 Agensi Berita Xinhua China

Dua lagi keputusan positif ujian ubat perangsang dalam sukan Olimpik Beijing diumumkan oleh Jawatakuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) hari ini.

Atlet yang terlibat dalam kes itu ialah penembak lelaki dari Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK), Kim Jong Su dan atlet gimnastik wanita dari Vietnam, Do Thi Ngan.

Jurucakap IOC, Giselle Davis menyatakan, Kim Jong memperolehpingat gangsa dan perak dalam acara menembak 10 meter pistol angin lelaki pada 9 Ogos lalu dan acara menembak 50 meter pistol lelaki pada 12 Ogos lalu. Kedua-dua pingatnya itu telah dibatalkan. Menurut keputusan baru Persekutuan Menembak Antarabangsa (ISSF), pingat gangsa acara menembak 10 meter pistol angin lelaki diberikan kepada penembak A.S., Jason Turner. Pingat perak dan pingat gangsa acara menembak 50 meter pistol lelaki diberikan kepada penembak China, Tan Zongliang, dan penembak Rusia, Vladimir Isakov.

Sementara itu, kelayakan Do Thi Ngan juga telah dibatalkan. Dia berada pada tempat ke-59 dalam pertandingan kelayakan acara gimnastik pada 10 Ogos lalu.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |