v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kemeja-T yang Dibuat Daripada Botol Coca-cola di Perkampungan Sukan Olimpik Beijing
2008-08-15 16:17:06 CRI

Adakah saudara pernah memakai kemeja-T yang dibuat daripada botol Coca-Cola yang ditebus guna? Sekarang marilah kita sama-sama mengikuti wartawan CRI ke Perkampungan Sukan Olimpik Beijing untuk melihat kemeja-T berkenaan. Ia diperbuat daripada botol Coca-Cola.

Setiap atlet, jurulatih dan pegawai Sukan Olimpik diberi sehelai kemeja-T yang dibuat daripada botol Coca-Cola secara percuma di Pusat Pertukaran Lencana Peringatan Perkampungan Sukan Olimpik Beijing. Mari kita ke pusat tersebut untuk mengetahui lebih banyak maklumat.

Atlet dan pegawai daripada pelbagai kontinjen Sukan Olimpik akan diberi sambutan meriah oleh sukarelawan sekiranya masuk ke Pusat Pertukaran Lencana Peringatan yang terletak di kawasan antarabangsa Perkampungan Sukan Olimpik. Mereka juga akan mendapat sehelai kemeja-T secara percuma. Sukarelawan yang bertugas akan menjelaskan keistimewaan kemeja-T ini.

Kemeja-T yang dihadiahkan kepada para atlet dan pegawai itu adalah dibuat daripada botol Coca-Cola dan untuk sehelai kemeja akan menggunakan lima biji botol Coca-Cola. Hampir semua orang berasa kagum apabila mengetahui mengenai kemeja-T ini. Stephen Soi dari Kenya memberitahu kami bahawa:

"Ini sungguh mengagumkan saya. Saya tidak pernah tahu botol Coca-Cola boleh digunakan untuk membuat pakaian. Kemeja-T ini nampaknya sama dengan kemeja-T biasa. Ini merupakan hadiah pertama yang menghairankan saya selepas tinggal di kampung Sukan Olimpik ini."

Para sukarelawan yang bertugas di Perkampungan Sukan Olimpik Beijing juga berasa luar biasa ketika pertama kali menyentuh pakaian yang diperbuat daripada botol Coca-Cola. Utusan Pertukaran Lencana Peringatan Syarikat Coca-Cola, Chen Xi meenjelaskan mengenai kemeja-T ini.

"Biasanya, sehelai kemeja-T ini dibuat daripada lima biji botol plastik Coca-Cola. Kain kemeja-T ini terdiri daripada 53% bahan yang ditebus guna dan 47% lagi kapas. Kami menghadiahkan kemeja ini kepada atlet dan para pegawai kontinjen kerana mengharapkan mereka bersama-sama mempromosikan konsep perlindungan alam sekitar. "

Sehelai kemeja-T ini dibuat daripada gentian yang diperoleh daripada lima botol Coca-Cola plastik 500ml dan dicampurkan gentian kapas. Kemeja-T seperti ini dihadiahkan kepada orang ramai untuk meningkatkan kesedaran terhadap perlindungan alam sekitar.

Stephen Soi berpendapat bahawa aktiviti seperti ini sangat bermakna.

"Kita semua bertanggungjawab untuk memelihara alam sekitar. Pencemaran terhadap bumi akan dikurangkan sekiranya kita menggunakan lebih banyak sumber tenaga kitar semula."

Rancangan menghadiahkan kemeja-T ini adalah salah satu kegiatan pada tahap pertama Pusat Pertukaran Lencana Peringatan Perkampungan Sukan Olimpik Beijing.

Yang kita dengar tadi adalah seorang sukarelawan yang menjelaskan peraturan tentang larangan penggunaan beg plastik yang dilaksanakan di Beijing sejak bulan Jun lalu kepada para atlet di Perkampungan Sukan Olimpik ini. Dengan itu, para atlet dapat mengetahui dengan jelas usaha yang dibuat oleh Beijing untuk melindungi alam sekitar bandar Beijing dengan lebih pesat.

Pada 8 Ogos lalu, aktiviti pusat tersebut menuju ke tahap yang kedua. Atlet dan pegawai pelbagai negara serta sukarelawan dan pelancong di perkampungan ini boleh menukarkan lencana peringatan secara bebas dalam pusat tersebut. Sukarelawan, Lu Mi memberitahu wartawan bahawa aktiviti yang bertemakan perlindungan alam sekitar akan diteruskan pada tahap yang kedua.

"Oleh sebab salah satu konsep Sukan Olimpik Beijing ialah 'Olimpik Hijau'. Maka tentulah kami akan mengadakan aktiviti yang berkaitan dengan konsep ini. Dalam tahap yang kedua, ceramah yang bertajuk 'johan perlindungan alam sekitar' akan diadakan setiap hari. Para atlet dan pegawai boleh mempelajari pengetahuan berkenaan melalui aktiviti seperti ini."

Penasihat Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, Andery Gordremans telah memuji usaha yang dijalankan itu. Beliau menyatakan ini merupakan julung-julung kalinya aktiviti bertemakan perlindungan alam sekitar diadakan di Pusat Pertukaran Lencana Peringatan Perkampungan Sukan Olimpik.

"Saya fikir bahawa pertukaran lencana peringatan menjadi sebahagian Sukan Olimpik pada tahun 1992. Sejak itulah, setiap kali berlangsung Sukan Olimpik atau pertandingan sukan lain, akan diadakan aktiviti pertukaran lencana peringatan. Namun, aktiviti ini sangat istimewa pada tahun ini kerana para atlet dapat mendengar atau menyertai ceramah atau perbincangan yang menarik sepanjang tempoh Sukan Olimpik. Antaranya, alam sekitar menjadi salah satu tajuk utama."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |