v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Sukan Olimpik Beijing: 9 Pingat Emas Telah Dimenangi Pada Hari Ketujuh
2008-08-15 19:04:53 CRI

Sehingga pukul 5 setengah petang tadi, 9 pingat emas daripada 18 pingat yang ditawarkan hari ini, hari ketujuh Sukan Olimpik, telah dimenangi.

Perenang A.S., Rebecca Soni meraih pingat emas acara renang kuak dada 200 meter wanita dan memecah rekod dunia dengan 2'20''22.

Perenang A.S., Ryan Lochte menjuarai acara kuak lentang 200 meter lelaki dan memecah rekod dunia dengan 1'53''94.

Jaguh renang A.S., Michael Phelps meraih juara acara renang 200 meter rampaian perseorangan lelaki dan memecah rekod dunia dengan 1'54''23. Ini merupakan pingat emas ke-6 dimenangi beliau dalam Sukan Olimpik ini.

Perenang Jerman, Britta Steffen mendapat pingat emas acara renang gaya bebas 100 meter wanita dan memecah rekod Sukan Olimpik dengan 53''12.

Penembak Ukraine, Artur Ayvazian mendapat pingat emas acara menembak posisi meniarap dengan rifle 50 meter lelaki.

Atlet A.S., Nastia Liukin mendapat pingat emas acara gimnastik serba boleh perseorangan wanita. Rakan senegaranya Shawn Johnson mendapat pingat perak dan atlet China, Yang Yilin mendapat pingat gangsa.

Sepasang atlet kembar Slovakia, Pavol Hochschorner dan Peter Hochschorner merangkul pingat emas acara kenu slalom berpasangan lelaki dan rakan senegara mereka, Elena Kaliska mendapat pingat emas acara kayak slalom perseorangan wanita.

Atlet China, Cao Lei merangkul pingat emas acara angkat berat kategori 75 kg wanita dan memecah rekod Sukan Olimpik.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |