v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Perkampungan Sukan Olimpik Beijing Mendapat Pujian Daripada IOC dan Atlet Pelbagai Negara
2008-08-15 19:21:23 CRI

Operasi Perkampungan Sukan Olimpik Beijing berjalan lancar dan mendapat pujian daripada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), para atlet dan pegawai pelbagai negara sejak temasya sukan ini dirasmikan.

Demikian dinyatakan oleh Naib Ketua Jabatan Perkampungan Sukan Olimpik Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing, Deng Yaping di Beijing hari ini.

Deng Yaping menyatakan perkampungan ini telah mencipta rekod terbaik dalam empat aspek berbanding dengan Sukan Olimpik sebelumnya. Antaranya termasuk paling ramai orang yang makan di kantin atlet pada satu hari; paling remai tokoh politik dan tetamu kehormat antarabangsa mengunjungi perkampungan ini; paling banyak menggunakan teknologi menjimat tenaga dan mesra alam dan majlis sambutan kedatangan kontinjen ke perkampungan ini paling menarik.

Presiden IOC, Jacque Rogge menyatakan rakyat China patut berasa bangga dengan Perkampungan Sukan Olimpik Beijing yang paling cantik itu kerana mereka yang berusaha bersungguh-sungguh ke arah itu.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |