v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Sukan Olimpik Tingkatkan Daya Tarikan kepada Golongan Muda
2008-08-14 15:01:18 CRI

Beberapa tahun lalu, purata umur penonton Sukan Olimpik terus naik, manakala mutu kesihatan golongan remaja dan kanak-kanak di kebanyakan tempat di dunia menurun, dan masalah kegemukan menjadi bertambah serius. Jadi, meningkatkan pendidikan dan panduan bagi golongan muda supaya mereka lebih banyak menyertai aktiviti sukan menjadi cabaran yang besar yang dihadapi oleh Sukan Olimpik. Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing berusaha untuk meningkatkan daya tarikan sukan tersebut kepadaa golongan muda.

Pada tahun 2004, purata umur penonton Sukan Olimpik Athens ialah 40 tahun ke atas. Puncanya adalah kerana muda mudi boleh menikmati program sukan, muzik dan hiburan melalui internet dan telefon bimbit, sedangkan Sukan Olimpik tidak mempunyai sebarang keistimewaan lagi yang dapat menarik minat mereka.

Untuk menghadapi cabaran yang baru ini, IOC telah merancang beberapa strategi untuk dilaksanakan, antaranya termasuk mengadakan Sukan Olimpik Belia. Pada bulan Julai tahun 2007, Pengerusi IOC, Jacques Rogge mengumumkan keputusan itu dalam sidang pleno IOC yang diadakan di Guatemala.

"Dengan besar hati, IOC mengumumkan bahawa Sukan Olimpik Belia akan diadakan buat julung kalinya pada tahun 2010 di Singapura."

Sukan Olimpik Belia yang pertama ini akan diadakan di Singapura pada bulan Ogos tahun 2010. Pesertanya ialah atlet remaja yang berumur antara 14 hingga 18 tahun. Lebih 3,000 orang atlet muda dijangka menyertai temasya sukan ini nanti. Selain itu, dalam sidang akhbar di Beijing pada 2 Ogos yang lalu, jurucakap IOC mengumumkan bahawa setakat ini, terdapat empat bandar yang akan bertanding untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Belia Musim Sejuk yang akan diadakan, juga buat pertama kalinya, dalam masa 4 tahun lagi. Jurucakap IOC, Puan Ciselle Davies berkata:

"Sukan Olimpik Musim Sejuk akan diadakan pada tahun 2012. Sekarang IOC telah menerima permohonan daripada empat buah bandar untuk menjadi tuan rumah temasya sukan ini, iaitu Haerbin,China, Innsbruck, Austria, Kuopio, Finland dan Lilehammer, Norway."

Satu strategi lagi yang diambil oleh IOC untuk menarik golongan muda menyertai Sukan Olimpik ialah menjadikan internet dan telefon bimbit sebagai wahana penyiaran bebas bagi Sukan Olimpik kali ini. Usaha ini pertama kali dilakukan untuk menarik lebih ramai penonton remaja dan kanak-kanak.

Sebagai salah satu bahagian kandungan yang penting dalam Sukan Olimpik, Kem Belia Olimpik turut diadakan dan telah pun dirasmikan pada 6 Ogos lalu. Dalam Sukan Olimpik Stockholm pada tahun 1912, raja Sweden telah mengundang 1,500 orang pengakap. Mereka membina kem di kawasan berhampiran dengan lapangan Sukan Olimpik tersebut dan mengadakan perhimpunan yang sihatgembira. Perhimpunan ini dianggap Kem Belia Olimpik yang pertama dalam sejarah. Sepanjang seratus tahun yang lalu, hampir setiap kali Sukan Olimpik berlangsung, Kem Belia Olimpik turut diadakan. Kem kali ini terletak di Sekolah Menengah No. 101 Beijing. Lebih 480 orang belia cemerlang dari 205 buah negara dan kawasan berkumpul di Beijing untuk menghayati suasana Sukan Olimpik Beijing yang meriah ini serta berkongsi pengalaman sesame mereka dalam tempoh sebulan.

Dalam aspek mempromosi Sukan Olimpik di kalangan remaja dan kanak-kanak, China juga telah menyumbangkan usaha sendiri. Tujuh tahun yang lalu, dalam laporan permohonannya untuk menganjurkan Sukan Olimpik Beijing menyatakan akan mengadakan siri aktiviti pendidikan supaya semangat Olimpik dipromosi dalam kalangan remaja dan kanak-kanak China yang seramai 400 juta orang. Dalam tempoh tiga tahun akan datang, buku teks yang mempunyai kandungan tentang Sukan Olimpik akan digunakan di sekolah rendah di China.

Di samping itu, untuk mengobarkan semangat Olimpik dan menggalakkan remaja dan kanak-kanak pergi ke gelanggang untuk menonton pertandingan, Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing telah menyediakan sejumlah tiket yang murah harganya bagi mereka. Tiket untuk menonton pertandingan kelayakan berharga lima yuan RMB, dan untuk pertandingan akhir berharga 10 yuan RMB. Tiket yang berharga rendah ini merupakan 14% daripada jumlah seluruh tiket Sukan Olimpik yang dijual.

Ketika membicangkan erti pendidikan Sukan Olimpik pada orang muda, profesor Universiti Peking, Sun Baoli berkata:

"Sebenarnya, nilai Sukan Olimpik bukan hanya ada dalam pertandingan sahaja, yang lebih penting ia terkandung dalam pendidikan. Ia menggabungkan sukan dengan pendidikan untuk mendidik belia supaya menjadi manusia yang bersemangat dan bermoral di samping badan yang kuat. Kem Belia Olimpik lebih sesuai bagi menggalakkan nilai pendidikan Olimpik dalam lingkungan yang lebih luas."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |