v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Wawancara Khas dengan Menteri Sukan Myanmar, Thu Rat Aye Mint
2008-08-15 16:27:23 CRI

Ketika berjumpa, beliau pula berjenaka "Cuaca di sini sama dengan cuaca di Myanmar, oleh itu atlet kami segera menyesuaikan diri dengan cuaca ini." Thu Rat Aye Mint sebagai Pengerusi Jawatankuasa Olimpik Myanmar menghadir upacara perasmian Sukan Olimpik Beijing atas undangan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa. Beliau memuji upacara perasmian temasya sukan ini. Kata beliau: "Upacara perasmian Sukan Olimpik Beijing ini merupakan upacara perasmian paling gemilang yang pernah saya lihat. Ia memperlihatkan perpaduan rakyat China. Tambah pula, dengan penggunaan teknologi terkini yang cukup mengagumkan saya."

Thu Rat Aye Mint menyatakan bahawa beliau suka akan setiap aktiviti dalam upacara perasmian ini. Melaluinya, beliau dapat mengenali banyak aspek kebudayaan tradisional China seperti sejarah, opera Peking dan empat penciptaan kuno China. Selain itu, beliau juga terharu dengan semangat Olimpik. Katanya: "Dalam upacara perasmian ini, kontinjen dari 204 buah negara memakai pakaian rasmi negara masing-masing ketika memasuki stadium. Saya terharu pada waktu itu, kerana merasakan bahawa Sukan Olimpik bukan sahaja memberikan peluang untuk kita menyertai pertandingan yang bertaraf tinggi, tetapi juga merupakan satu pentas yang menarik peserta dari seluruh dunia untuk berkumpul. Saya merasakan Sukan Olimpik Beijing pasti menjadi satu Sukan Olimpik yang berjaya."

Thu Rat Aye Mint menyatakan bahawa salah satu tugas utama dalam lawatannya ke Beijing kali ini ialah membuat tinjauan terhada kaedah melaksanakan program riadah bagi penduduk China yang sejumlahnya mencecah 1.3 bilion orang ini. Sebagai salah sebuah negara jiran China, Myanmar berharap untuk menimba pengalaman China dalam perkembangan sukan.

Buat masa ini, sektor sukan di Myanmar masih berada di peringkat awal. Latihan bagi 40 buah acara telah dilaksanakan di negara itu. Pihak negaranyatelah mengambil jurulatih warga China bagi acara kungfu, renang dan memanah, dan atlet yang dilatih memperlihatkan memperoleh kemajuan yang ketara. Khususnya atlet Myanmar sentiasa mencapai kejayaan dalam pertandingan acara ini di peringkat antarabangsa dan serantau. Selain itu, Myanmar juga menghantar jutulatihnya ke luar negara untuk meningkatkan kemampuan mereka.

Pada akhir wawancara ini, Thu Rat Aye Mint menyatakan bahawa sebelum datang ke Beijing, beliau tidak menjangka China sebagai sebuah negara membangun yang masih belum menganjurkan Sukan Olimpik dapat mencemerlangkan temasya sukan yang cukup besar ini. Kata beliau: "Atas usaha bersama Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, usaha mengatur Sukan Olimpik yang dibuat oleh pihak penganjur menjadi begitu sempurna. Hal ini bukan setakat pengurusan pertandingan sahaja, tetepi juga penyediaan perkhidmatan pengangkutan serta makan dan minum. Sukan Olimpik Beijing pasti akan menjadi Sukan Olimpik yang paling berjaya dalam sejarah, dan meninggalkan khazanah yang berharga kepada rakyat seluruh dunia."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |