v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Beijing Mengadakan Pameran untuk Memperkenalkan Kebudayaan China Ketika Sukan Olimpik Berlangsung
2008-08-15 22:02:27 CRI

Ketika Sukan Olimpik Beijing diadakan, berjuta-juta orang pelancong dari dalam dan luar negara datang ke bandar ini untuk menyaksikan temasya sukan yang meriah itu. Beijing mengambil kesempatan ini untuk mengadakan beberapa pameran yang memperkenalkan kebudayaan China kepada dunia.

Naib Pengarah Jabatan Artifak Beijing, Yu Ping dalam sidang akhbar yang diadakan di Pusat Media Antarabangsa Beijing semalam menyatakan bahawa Beijing mengadakan lebih 100 pameran yang berkenaan sebelum dan ketika Sukan Olimpik diadakan. Setakat 13 Ogos ini, terdapat lebih 1. 4 juta orang pelawat termasuk lebih 100 ribu orang pelawat dari 60 buah negara dan wilayah yang lain telah menyaksikan pameran-pameran tersebut.

Menurut Yu Ping, kesemua pameran tersebut khususnya memperkenalkan semangat Sukan Olimpik dan kebudayaan China. Katanya, "Pameran-pameran tersebut telah mengumpulkan barang-barang terbaik dari seluruh negara untuk mempamerkan kebudayaan yang cemerlang di China. Jadi, pameran-pameran tersebut telah mendapat penilaian yang tinggi daripada para pelawat dari dalam dan luar negara."

Badan-badan yang berkenaan berusaha menyediakan suasana dan kemudahan yang baik bagi pameran-pameran tersebut. Selain itu, mereka juga mengambil masa selama 2 tahun lebih untuk melatih sejumlah 12.9 ribu orang pekerja yang berkhidmat untuk pameran-pameran tersebut. Latihan tersebut melibatkan bidang pengetahuan tentang Sukan Olimpik, perkhidmatan, bahasa asing dan bahasa isyarat. Pusat pameran berkenaan juga berusaha membaiki infrastruktur untuk menyediakan perkhidmatan yang baik kepada pengunjung.

Selain pameran-pameran tersebut, Beijing juga telah menyediakan 26 buah pusat kebudayaan Sukan Olimpik. Pusat-pusat tersebut menjadi ruang yang penting bagi penduduk Beijing dan pelancong untuk menyambut temasya sukan yang meriah itu.

Naib Pengarah Jabatan Kebudayaan Beijing, Wang Zhu dalam sidang akhbar itu menyatakan bahawa pusat kebudayaan Sukan Olimpik telah menganjurkan beberapa aktiviti yang menarik setelah ia dirasmikan pada pertengahan bulan Julai lalu. Katanya, "Terdapat banyak rombongan kesenian profesional dan amatur dari dalam dan luar negara yang menghidangkan persembahan yang menarik di pusat tersebut. Kami juga menganjurkan pertandingan, mengadakan pameran kebudayaan dan aktiviti bertukar-tukar cendermata Sukan Olimpik di pusat-pusat tersebut. Di samping itu, terdapat sukarelawan yang sentiasa memberikan khidmat di sana."

Menurut statistik, 26 buah pusat kebudayaan Sukan Olimpik tersebut telah menerima kira-kira 1.5 juta orang pengunjung sejak ia dirasmikan lebih sebulan yang lalu. Sebanyak 280 buah persembahan yang menarik telah dihidangkan di pusat tersebut. Ketika Sukan Olimpik Beijing dirasmikan pada 8 Ogos lalu, lebih 130 ribu orang telah bersama-sama menyaksikan siaran langsung upacara perasmian yang meriah itu di pusat-pusat tersebut.

Wang Zhu berkata, banyak persembahan yang menarik akan dihidangkan di pelbagai panggung di Beijing ketika berlangsungnya Sukan Olimpik. Katanya "Kami akan menghidangkan pelbagai persembahan yang menarik termasuk opera, pertunjukan akrobatik, muzik simfoni, tarian dan drama ketika Sukan Olimik diadakan."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |