v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Sukan Olimpik Beijing: 7 Pingat Emas Telah Dimenangi Pada Hari Kelapan
2008-08-16 17:17:38 CRI

Sehingga pukul 3 petang tadi, 7 pingat emas daripada 29 pingat yang ditawarkan hari ini, hari kelapan Sukan Olimpik, telah dimenangi.

Perenang Zimbabwe, Kirsty Coventry merangkul pingat emas acara renang kuak lentang 200 meter wanita.

Jaguh A.S., Michael Phelps menggondol pingat emas acara renang kuak kupu-kupu 100 meter lelaki. Ini merupakan pingat emas ketujuh yang dimenangi beliau dalam Sukan Olimpik Beijing.

Perenang Britain, Rebecca Adlington, 19 tahun, mendapat pingat emas acara renang gaya bebas 800 meter wanita dan memecah rekod dunia dengan masa 8'14''10.

Perenang Brazil, Cesar Cielo Filho meraih juara acara renang gaya bebas 50 meter lelaki dan memecah rekod Sukan Olimpik dengan 21''30.

Atlet Rusia, Valeriy Borchin memenangi pingat emas acara 20 km berjalan kaki lelaki.

Penembak Ukraine, Oleksandr Petriv memperoleh pingat emas acara menembak lambat dengan pistol 25 meter lelaki.

Pemain China, Zhang Ning meraih juara acara badminton perseorangan wanita Sukan Olimpik Beijing selepas mengalahkan rakan senegaranya, Xie Xingfang. Pemain Indonesia, Maria Kristin Yulianti berjaya memenangi satu pingat gangsa untuk negaranya menerusi acara tersebut dengan mengalahkan pemain China, Lu Lan.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |