v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Sukan Olimpik Beijing: 17 Pingat Emas Telah Dimenangi Pada Hari Kelapan
2008-08-16 19:13:26 CRI

Sehingga pukul 6 petang tadi, 17 pingat emas daripada 29 pingat yang ditawarkan hari ini, hari kelapan Sukan Olimpik, telah dimenangi.

Perenang Zimbabwe, Kirsty Coventry merangkul pingat emas acara renang kuak lentang 200 meter wanita.

Jaguh A.S., Michael Phelps menggondol pingat emas acara renang kuak kupu-kupu 100 meter lelaki. Ini merupakan pingat emas ketujuh yang dimenangi beliau dalam Sukan Olimpik Beijing.

Perenang Britain, Rebecca Adlington, 19 tahun, mendapat pingat emas acara renang gaya bebas 800 meter wanita dan memecah rekod dunia dengan masa 8'14''10.

Perenang Brazil, Cesar Cielo Filho meraih juara acara renang gaya bebas 50 meter lelaki dan memecah rekod Sukan Olimpik dengan 21''30.

Atlet Rusia, Valeriy Borchin memenangi pingat emas acara 20 km berjalan kaki lelaki.

Penembak Ukraine, Oleksandr Petriv memperoleh pingat emas acara menembak lambat dengan pistol 25 meter lelaki.

Pemain China, Zhang Ning meraih juara acara badminton perseorangan wanita Sukan Olimpik Beijing selepas mengalahkan rakan senegaranya, Xie Xingfang yang memperoleh perak.

Penembak A.S., Vincent Hancock menjuarai acara menembak pinggan terbang dua hala lelaki.

Atlet Norway, Olar Tufte mendapat pingat emas dalam perlumbaan akhir acara mendayung Single Sculls lelaki.

Atlet Romania, Georgeta Andrunache dan Viorica Susanu merangkul pingat emas acara mendayung Pair Final wanita. Atlet China, Wu You dan Gao Yulan mendapat pingat perak acara tersebut.

Atlet kembar New Zealand, Georgina Evers-swindell dan Caroline Evers-swindell memenangi pingat emas acara mendayung double sculls wanita.

Atlet Bulgaria, Rumyana Neykova meraih juara acara mendayung Single Sculls wanita.

Atlet Australia, David Crawshay dan Scott Brennan merangkul pingat emas acara mendayung double sculls lelaki.

Atlet Australia, Drew Ginn dan Duncan Free mendapat pingat emas acara mendayung Pair Final lelaki.

Britain memenangi pingat emas acara mendayung Four Final lelaki.

Atlet Kanada, Carol Huynh merangkul pingat emas acara gusti gaya bebas 48kg wanita.

Atlet Jepun, Saori Yoshida merangkul pingat emas acara gusti gaya bebas 55kg wanita selepas menewaskan atlet China, Xu Li.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |