v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

"Saya Sportsman."--Liputan Khas terhadap Ketua Kontinjen Singapura, Encik Tan Eng Liang
2008-08-16 20:48:45 CRI

Ketua Kontinjen Singapura yang menyertai Sukan Olimpik Beijing kali ini, Encik Tan Eng Liang bukan asing terhadap negeri China. Beliau pertama kali datang ke China pada tahun 1974 dan selepas itu melawat Beijing beberapa. Sebagai ketua kontinjen Singapura kali ini, beliau berasa bangga. Perubahan Beijing yang mengagumkan meninggalkan kesan yang mendalam kepadanya. Beliau berkata:

"Saya datang ke Beijing hampir setiap tahun. Boleh dikatakan, saya telah menyaksikan pembangunan bandar yang pesat dan perubahan yang mengagumkan. Bermula dari tahun 1974, iaitu kali pertama saya datang ke sini hingga tahun 2008, perubahan dan pembangunan bandar itu amat besar."

Encik Tan Eng Liang berpendapat bahawa pembangunan ekonomi China yang pesat mendorong pencapaian negara itu dalam bidang sukan. Beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga yang bergiat dalam sukan, maka beliau sentiasa memanggil sendiri sebagai "sportsman". Beliau kelihatan senang hati ketika menyebut topik-topik mengenai aktiviti sukan.

"Saya pernah mewakili Singapura dalam Sukan Olimpik 52 tahun yang lalu, iaitu pada tahun 1956. Saya berkecimpung dalam renang dan polo air, jadi saya mengetahui sedikit sebanyak tertentu tentang kemampuan atlet China dalam kedua-dua acara tersebut. Polo air wanita China amat hebat, manakala bagi atlet lelaki acara itu lebih mencabar. Saya juga berpendapat China mempunyai harapan yang tinggi terhadap pasukan bola tampar. Bola sepak wanita China hebat sekali, tetapi pasukan bola sepak lelaki China kurang daya saing."

Encik Tan Eng Liang mempunyai minat yang kuat terhadap pelbagai acara sukan. Tentulah, pencapaian atlet Singapura menjadi tumpuan utama beliau. Dalam Sukan Olimpik Beijing, Singapura menghantar kontinjen terbesar selepas Sukan Olimpik Melbourne dengan tujuan meraih sekurang-kurangnya satu pingat. Encik Tan Eng Liang selalu meningatakan atletnya persiapan menghadapi pertandingan:

"Kamu mesti berusaha sedaya-upaya dan menunjukkan kebolehan kamu yang terbaik dalam pertandingan. Kamu mesti memecah rekod sendiri. Mungkin kamu tidakdapat memasuki pertandingan akhir, tetapi kamu memecah rekod sendiri dan kamu ialah johan. "

Tan Eng Liang berkata, Singapura pernah memperoleh pingat dalam temasya Sukan Olimpik pada tahun 1960. Atlet Singapura Jing Junhong dan Li Jiawei gagal dalam pertandingan separuh akhir pada Sukan Olimpik Sydney tahun 2000 dan Sukan Olimpik Athens 2004. Selepas itu, Singapura melaburkan 7 juta Dolar Amerika dalam program "0812"untuk meningkatkan kebolehan atlet dalam beberapa acara penting untuk mencapai kejayaan dalam Sukan Olimpik Beijing dan Sukan Olimpik London tahun 2012.

Encik Tan Eng Liang memberitahu wartawan:

"Jumlah 7 juta dolar Amerika tersebut diberikan kepada 4 acara pertandingan, iaitu pingpong, badminton, perahu layar kategori laser dan menembak. Boleh dikatakan, kontinjen Singapura kali ini membuat persiapan yang paling mencukupi."

Sebenarnya, rancangan "0812" juga mencapai hasil yang cemerlang. Antara 16 orang atlet dalam kontinjen Singapura, 15 orang mendapat kelayakan menyertai pertandingan dengan kebolehan sendiri. Antaranya, Encik Tan Eng Liang meletakkan harapan yang besar kepada pasukan pingpong wanita negara itu.

Atlet Singapura juga mencapai kemajuan yang cemerlang. Walaupun atlet Tao Li hanya berupaya di tempat kelima dalam pertandingan, tetapi catatan itu telah memecah rekod Asia dan ini amat membanggakan.

Berdasarkan laporan terkini, pasukan pingpong Singapura mengalahkan pasukan Republik Korea dalam acara Pingpong berpasukan wanita pertandingan separuh akhir dengan keputusan 3:2 semalam. Maka, pasukan itu akan memasuki pertandingan akhir dan berhadapan dengan pasukan China untuk merebut pingat emas.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |