v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Wawancara dengan Ketua Kontinjen Malaysia, Datuk Ho Koh Chye
2008-08-16 12:03:12 CRI

Dalam pertandingan Sukan Olimpik Beijing yang diadakan semalam, pemain utama Malaysia, Lee Chong Wei telah berjaya mara ke peringkat akhir acara badminton perseorangan lelaki selepas menewaskan Lee Hyun-il dari Republik Korea.

Dengan ini, Lee Chong Wei telah memastikan pingat Olimpik keempat bagi Malaysia. Dan, sekiranya beliau dapat mengatasi pemain China, Lin Dan dalam pertandingan akhir esok, beliau akan mencipta rekod dengan menyumbangkan pingat emas Olimpik yang pertama bagi negaranya.

Pagi tadi, wartawan radio kami telah mengadakan wawancara dengan Ketua Kontinjen Malaysia, Datuk Ho Koh Chye menerusi telefon.

Wartawan CRI: "Selamat pagi Datuk. Terlebih dahulu, kami ingin mengucapkan tahniah kepada kontinjen Malaysia atas kemenangan Lee Chong Wei untuk mara ke pertandingan akhir perseorangan lelaki badminton. Bagaimana Datuk prestasi Chong Wei dalam temasya sukan kali ini?"

Datuk Ho: "Bagi saya, prestasi yang dipamerkan oleh Chong Wei malam tadi adalah satu prestasi yang begitu cemerlang. Apabila beliau menewaskan pihak lawannya dengan itu memasuki peringkat akhir, ini bermakna Malaysia telah memperolehi satu pingat melalui Chong Wei sama ada pingat itu pingat emas atau pingat perak akan ditentukan pada hari Ahad ini dan sekiranya Chong Wei menang dengan pingat emas, maka ini akan jadi sejarah, Chong Wei akan mencatat sejarah Malaysia kerana ini adalah pingat emas (Olimpik) Malaysia yang pertama."

Wartawan CRI: "Saya ada baca berita dalam laman web, laporan daripada Bernama yang berpendapat, ini merupakan peluang terbaik bagi Malaysia untuk memperoleh pingat emas pertama Olimpik. Apakah pandangan Datuk terhadap perkara ini? Adakah ini akan memberi tekanan besar kepada Chong Wei?"

Datuk Ho: "Saya rasa tidak. Yang pertama saya rasa Chong Wei tidak tahu, tidak sedar tentang apa yang dikeluarkan dalam laman web kerana saya rasa dia tidak membaca berita setiap hari supaya minda dia tidak terganggu. Tetapi berdasarkan kepada prestasi Chong Wei setakat ini, saya yakin Chong Wei akan bermati-matian untuk memenangi pingat emas pada hari Ahad ini."

Wartawan CRI: "Walaupun pemain badminton Malaysia yang lain gagal mara ke pertandingan akhir, tetapi saya berasa mereka juga menunjukkan prestasi yang baik, seperti Wong Choong Hann, beliau telah menewaskan Taufik Hidayat dalam pusingan kedua. Bagaimana pandangan Datuk terhadap Choon Hann dan pemain-pemain Malaysia yang lain?"

Datuk Ho: "Yang pertama mengenai Wong Choong Hann, saya setuju dengan pandangan saudari bahawa Choong Hann telah juga mempamerkan prestasi yang begitu baik apabila Choong Hann menewaskan Taufik Hidayat dari Indonesia. Sebagaimana yang sedia maklum, Taufik Hidayat ini ialah jaguh dunia atau jaguh Olimpik di Sukan Olimpik lalu. Jadi dengan kemenangan itu, pada pandangan saya, itu satu kemenangan yang cemerlang bagi Malaysia. Dan bagi pemain-pemain lain, saya juga yakin bahawa mereka telah melakukan persembahan atau prestasi yang terbaik."

Wartawan CRI: "Selain badminton, atlet Malaysia juga sertai acara lain dalam sukan kali ini. Bagaimana pencapaian mereka dalam acara-acara tersebut?"

Datuk Ho: "Ada atlet-atlet (Malaysia) yang lain yang telah juga mempamerkan prestasi yang baik, umpamanya dalam sukan memanah, di mana sebagai individu dan sebagai pasukan, mereka telah berjaya memasuki peringkat suku akhir. Dan dengan itu telah menunjukkan bahawa kebolehan mereka adalah setanding dengan yang terbaik di dunia. Dan begitu juga dalam sukan lumba basikal. Semalam di Velodrome, pasukan lumba basikal kita, iaitu 200 meter sprint, di mana pasukan kita telah menduduki tempat yang ketujuh. Dengan itu telah mendahului negara-negara kuat seperti negara China dan juga A.S.."

Wartawan CRI: "Dan akhir sekali Datuk, apakah pandangan Datuk terhadap penganjuran Sukan Olimpik Beijing setakat ini?"

Datuk Ho: "Setakat ini, pada pandangan saya, penganjuran Sukan Olimpik adalah memuaskan, dan tidak dibangkitkan apa-apa masalah yang dapat mengganggu mana-mana kontinjen. Jadi saya mahu mengucapkan syabas kepada BOCOG di atas kejayaan mengelolakan satu sukan Olimpik yang begitu baik."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |