v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Feng Tianwei Bantu Singapura Wujudkan Impian untuk Merebut Pingat Sukan Olimpik
2008-08-16 16:17:27 CRI

(Feng Tianwei dalam pertandingan kumpulan)

Feng Tianwei, gadis yang dilahirkan di provinsi Heilongjiang, timur laut China membantu skuad Singapura mengalahkan Republik Korea dalam pertandingan separuh akhir acara pingpong berpasukan wanita dengan 3:2 pada 15 Ogos lalu dan memasuki pertandingan akhir yang akan diadakan esok. Kemenangan tersebut memastikan Singapura memenangi satu lagi pingat Sukan Olimpik selepas 48 tahun.

Ketika Feng Tianwei mengalahkan lawannya, sorakan gembira penonton bergema di seluruh Gimnasium Universiti Peking. Penonton Singapura mengibar-ngibarkan bendera kebangsaan republic itu dan bersama-sama dengan penonton China merayakan kemenangan Feng Tianwei. Di tempat pertandingan, Feng Tianwei dan rakannya, Li Jiawei berpelukan gembira.

Sejak atlet veteran angkat berat Singapura, Tan Howe Liang memenangi pingat perak Sukan Olimpik Rom pada tahun 1960, Singapura tidak lagi memperoleh sebarang pingat di Sukan Olimpik. Kemenangan Feng Tianwei semalam memastikan Singapura memenangi satu pingat dalam Sukan Olimpik, kemenangan yang amat penting bagi Singapura. Feng Tianwei menyatakan rasa gembira yang amat sangat kerana dapat bersama-sama dengan rakannya memenangi pingat Sukan Olimpik untuk Singapura. Katanya:

"Kemenangan kami menandakan kemajuan besar sukan Singapura kerana Singapura sudah lama tidak memenangi sebarang pingat Sukan Olimpik. Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada jurulatih, Jawatankuasa Olimpik Singapura dan Kesatuan Pingpong Singapura kerana memberikan banyak sokongan kepada kami."

Pertandingan yang melibatkan Feng Tianwei itu adalah saat yang amat sukar bagi skuad Singapura. Ini kerana, walaupun selepas tiga pertandingan berakhir dan Singapura mendahului dengan 2:1, tetapi mereka yang mengetahui keadaan sebenar kedua-dua skuad itu lebih membimbangkan Singapura. Dalam pertandingan kedua, jaguh utama Singapura, Li Jiawei ditewaskan Kim Kyung Ah dan menjadikan skuad Singapura berada dalam situasi yang amat serius. Kemudian, dalam pertandingan keempat, atlet Singapura Wang Yuegu turut gagal menjadikan keputusan kepada 2:2. Pada saat itu, skuad Singapura menaruh seluruh harapannya kepada atlet muda yang dilahirkan pada tahun 1986, iaitu Feng Tianwei.

Selepas pertandingan terakhir itu selesai, jurulatih Singapura, Liu Guodong berkata:

"Kedua-dua pertandingan terakhir itu yang saya paling bimbangkan kerana kami tidak mempunyai kelebihan dalam perlawanan itu."

Dalam pertandingan dengan Park Mi Young, Feng Tianwei lebih bertenang. Melalui perlawanan sengit selama 47 minit, Feng Tianwei berjaya menewaskan lawannya dan memastikan Singapura menang pingat Sukan Olimpik.

Jurulatihnya, Liu Guodong menyifatkan Feng Tianwei sebagai wira bagi skuad Singapura. Beliau menyatakan, walaupun Feng Tianwei masih terlalu muda dan pertama kali beraksi dalam Sukan Olimpik, tetapi pada saat-saat yang genting, dia berjaya mengalahkan lawannya, bagus sekali. Kata beliau:

"Saya rasa prestasi Feng Tianwei paling baik pada hari ini, dia menang pertandingan kelima untuk Singapura. Skuad Republik Korea bukan mudah untuk dikalahkan."

Menurut maklumat, segala warga Singapura telah menonton siaran TV mengenai pertandingan tersebut untuk menyaksikan detik-detik kemenangan Singapura. Feng Tianwei ternyata tidak mengecewakan mereka. Selepas pertandingan itu, Presiden Singapura, Sellapan Rama Nathan menemui skuad Singapura di Gimnasium Universiti Peking dan menyampaikan ucapan tahniah kepada mereka.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |