v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Cui Dalin Puji Jurulatih China di Seberang Laut dan Menganggap Mereka "Duta Besar Sukan"
2008-08-17 15:59:48 Agensi Berita Xinhua China

Dalam sidang akhbar di Beijing hari ini, Naib Ketua Kontinjen China, Cui Dalin memuji jurulatih China di seberang laut dan menganggap mereka sebagai "duta besar sukan di kalangan rakyat".

Menurut beliau, terdapat beberapa orang jurulatih dari China yang mengajar di seberang laut dalam kontinjen negara asing, seperti jurulatih pasukan bola tampar wanita A.S., Lang Ping; jurulatih utama pasukan gimnastik wanita A.S., Qiao Liang; dan, ketua jurulatih pasukan terjun Australia, Tong Hui. Mereka mendorong perkembangan sukan dunia dan meningkatkan taraf acara sukan berkeaan bagi negara mereka berada.

Berdasarkan statistik Jabatan Pentadbiran Am Sukan Negara, sejak jurulatih kumpulan pertama dihantar ke seberang laut pada tahun 1957, jumlah jurulatih yang ke seberang laut telah meningkat menjadi 2547 orang, dan mereka dihantar ke 123 buah negara dan wilayah. Antaranya, sebahagian besar ialah jurulatih permainan pingpang, badminton, terjun dan wushu.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |