v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Sukan Olimpik Beijing: 7 Pingat Emas Dimenangi Pada Hari Kesembilan
2008-08-17 16:11:33 CRI

Sehingga pukul 3 petang tadi, 7 lagi pingat emas Sukan Olimpik telah dimenangi.

Pelari Romania, Constantina Tomescu meraih pingat emas acara maraton wanita hari ini. Pelari Kenya, Catherine Ndereba mendapat pingat perak, diikuti pelari China, Zhou Chunxiu yang memperoleh pingat gangsa.

Perenang Jerman, Britta Steffen memenangi pingat emas dalam acara gaya bebas 50 meter wanita dan memecahkan rekod Olimpik dengan 24''06.

Perenang Tunisia, Oussama Mellouli, menjadi pemenang pingat emas dalam acara renang gaya bebas 1500 meter lelaki.

Pasukan Australia memenangi pingat emas bagi acara 4x100 meter renang rampaian berganti-ganti wanita dan memecahkan rekod dunia dengan 3'52''69 juga pada hari ini.

A.S. memenangi pingat emas bagi acara 4x100 meter renang rampaian berganti-ganti lelaki dan memecahkan rekod dunia dengan 3'29''34. Yang turut menyertai acara ini, jaguh renang A.S., Micheal Phelps akhirnya berjaya mencapai cita-citanya untuk menjadi atlet pertama yang memenangi lapan pingat emas dalam satu temasya Olimpik.

Pasukan Britain memenangi acara lumba perahu layar Yngling wanita.

Penembak China, Qiu Jian menjadi juara acara rifle tiga posisi 50m lelaki.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |