v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Sukan Olimpik Beijing: 22 Pingat Emas Lagi Dimenangi Pada Hari Kesembilan
2008-08-17 19:18:25 CRI

Sehingga pukul 6 petang tadi, 22 pingat emas Sukan Olimpik telah dimenangi.

Jaguh renang A.S., Micheal Phelps akhirnya berjaya mencapai cita-citanya untuk menjadi atlet pertama yang memenangi lapan pingat emas dalam satu temasya Olimpik mengatasi rekod Mark Spitz yang memperoleh 7 emas pada Olimpik Munich 1972. Ini ekoran pasukan A.S. memenangi pingat emas bagi acara 4x100 meter renang rampaian berganti-ganti lelaki dan memecahkan rekod dunia dengan 3'29''34 yang beliau salah seorang perenangnya.

Perenang Jerman, Britta Steffen memenangi pingat emas dalam acara gaya bebas 50 meter wanita dan memecahkan rekod Olimpik dengan 24''06.

Perenang Tunisia, Oussama Mellouli, menjadi pemenang pingat emas dalam acara renang gaya bebas 1500 meter lelaki.

Pasukan Australia memenangi pingat emas bagi acara 4x100 meter renang rampaian berganti-ganti wanita dan memecahkan rekod dunia dengan 3'52''69.

Pelari Romania, Constantina Tomescu meraih pingat emas acara maraton wanita hari ini.

Pasukan Britain memenangi acara lumba perahu layar Yngling wanita.

Penembak China, Qiu Jian menjadi juara acara rifle tiga posisi 50m lelaki.

Pemain Rusia, Elena Dementieva memenangi pingat emas acara tenis perseorangan wanita selepas mengatasi pemain senegaranya, Dinara Safina.

Adik Beradik Williams memenangi pingat emas acara tenis beregu wanita selepas menewaskan pemain Spanyol, Ruano Pascual Virginia dan Medina Garrigues Anabel.

Atlet Britain, Ben Ainslie meraih juara acara lumba perahu layar Finn.

Pasukan Denmark mendapat pingat emas acara perahu layar 49er - Skiff Mixed.

Pasukan Belanda, Kirsten Van Der Kolk dan Marit Van Eupen memenangi pingat emas acara mendayung double sculls peringkat rengan wanita.

Atlet Britain, Zac Purchase dan Mark Hunter memenangi pingat emas acara mendayung double sculls peringkat ringan lelaki.

Pasukan Denmark merangkul pingat emas acara mendayung Four Final peringkat ringan lelaki.

Atlet China, Tang Bin, Jin Ziwei, Xi Aihua dan Zhang Yangyang meraih pingat emas acara mendayung four sculls wanita.

Pasukan Poland mendapat pingat emas acara mendayung four sculls lelaki.

A.S. memenangi pingat emas acara mendayung eight with coxswain (8+) wanita.

Pasukan Kanada memenangi pingat emas acara mendayung eight with coxswain lelaki.

Atlet Jepun, Kaori Icho mendapat pingat emas acara gusti gaya bebas 63kg wanita.

Atlet China, Wang Jiao memenangi pingat emas acara gusti gaya bebas 72kg wanita.

Atlet Britain, Rebecca Romero merangkul pingat emas acara lumba basikal kejar-mengejar 3km wanita.

Atlet gimnastik China, Zhou Kai meraih pingat emas acara senaman bebas lelaki dengan mata 16.050.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |