v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Beijing dalam Mata Tetamu Asing
2008-08-15 23:34:41 CRI

Bagi kebanyakan atlet asing yang pertama kali melawat Beijing, segala-galanya di bandar ini merupakan suatu yang baru. Namun, bagi sesetengah wartawan dan pegawai sukan yang sering datang ke Beijing, mereka lebih memahami sejarah dan budaya bandar ini, malah telah menyaksikan perubahan dan pembangunannya.

Yoshinobu Okazoi, seorang wartawan dari Jepun pernah datang ke Beijing pada tahun 1998. Menurutnya, dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini, beliau diberitahu melalui liputan media bahawa Beijing telah mengalami perubahan yang cukup besar, khususnya segala usaha yang diambil untuk menjayakan Sukan Olimpik memang di luar jangkaannya.

"Saya pernah melawat Beijing pada penghujung tahun 1990-an. Pada masa itu, penduduk bandar ini menggunakan basikal sebagai alat pengangkutan harian mereka. Namun, mereka mempunyai kereta sendiri sekarang. Ini memperlihatkan bahawa ekonomi bandar ini sedang mengalami pertumbuhan yang pesat."

Namun, penggunaan kenderaan sendiri yang kian meningkat mengakibatkan banyak masalah timbul, seperti kesesakan lalu lintas dan pencemaran udara. Oleh itu, Beijing telah mengambil banyak tindakan untuk menjamin kelancaran lalu lintas, seperti mengatur kenderaan bergerak mengikut giliran berasaskan nombor ganjil dan genap, menyempurnakan perkhidmatan pengangkutan awam dan membuka 3 laluan kereta api bawah tanah yang baru khususnya bagi Sukan Olimpik ini.

Sejak Beijing mendapat hak menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Ke-29 pada tahun 2001, sejumlah mercu tanda muncul di bandar ini, seperti Teater Kebangsaan China, Terminal Ketiga Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing, "Sarang Burung" dan "Kubus Air". Yoshinobu Okazoi menyatakan bahawa pada masa dahulu, semua bangunan di Beijing memperlihatkan seni bina tradisional China. Namun, kini bandar ini bersifat lebih terbuka untuk menyerap konsep seni bina yang moden dari negara-negara maju.

"Reka bentuk arena utama Sarang Burung cukup cemerlang. Ia merupakan mercu tanda antara gelanggang dan stadium Sukan Olimpik yang lain."

Ketua Kontinjen Singapura, Encik Tan Eng Liang juga terpesona dengan kehebatan Sarang Burung itu. Beliau pernah mengetuai kontinjen negaranya untuk mengambil bahagian dalam Sukan Asia Ke-11 1990 di Beijing. Pada pendapatnya, Stadium Pekerja Beijing, iaitu arena utama temasya sukan pada masa itu sudah cukup baik. Namun, teknologi pembinaan Sarang Burung, stadium sukan yang baru ini, jauh lebih baik dan mencapai taraf antarabangsa.

Pembinaan stadium dan gelanggang sukan merupakan sebahagian daripada semua usaha yang dibuat untuk menjayakan Sukan Olimpik. Bagi para atlet, Perkampungan Sukan Olimpik merupakan tempat tinggal mereka, manakala sukarelawan merupakan golongan yang bertanggungjawab untuk mengiringi mereka. Jadi, kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di Perkampungan Sukan Olimpik ini berkait rapat dengan kehidupan harian para atlet. Encik Tan Eng Liang amat berpuas hati dengan kedua-dua aspek kemudahan tersebut.

"Perkampungan Sukan Olimpik sangat baik. Kemudahan tempat tinggal di sini amat selesa. Lebih-lebih lagi ia sangat bersih. Selain itu, terdapat banyak sukarelawan yang menawarkan perkhidmatan yang bermutu tinggi kepada kami. Ini meninggalkan kesan yang mendalam kepada saya."

Menurut Encik Tan Eng Liang, beliau datang ke Beijing setiap tahun. Walaupun hanya singgah sekejap, tetapi beliau pasti mendapati ada perubahan yang berlaku di bandar ini. Menurut ingatannya, Beijing, kini, mengalami perubahan yang besar berbanding dengan awal tahun 1990-an.

"Berbanding dengan tahun 1990-an, iaitu ketika berlangsungnya Sukan Asia, Beijing, kini, banyak berubah. Saya menyaksikan bandar ini dengan membangun dengan pesat."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |