v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Imam Wang Chong'en
2008-08-18 16:46:37 CRI

Sukan Olimpik Beijing telah memasuki pertandingan hari ke-10 hari ini. Atlet, juru latih, pegawai dan pelancong dari seluruh dunia berkumpul di Beijing untuk menyertai dan menikmati suasana temasya Sukan yang terbesar di dunia ini. Beijing pula berusaha sedaya upaya untuk memberikan perkhidmatan termasuk yang menyentuh agama kepada pengunjung dari negara yang berbeza-beza. Untuk menjamin orang Islam dapat melaksanakan amalan agama mereka yang biasa, Beijing telah membina pusat keagamaan di Perkampungan Sukan Olimpik, dan menetapkan sesetengah masjid sebagai tempat melaksanakan aktiviti keagamaan dan kunjungan khas.

Wang Chong'en ialah imam Masjid Fayuan. Beliau berasa amat bangga kerana Masjid Fayuan dipilih sebagai tempat keagamaan yang khas untuk menerima pengunjung asing dalam Sukan Olimpik Beijing. Beliau memberitahu wartawan:

"Kami berasa gembira kerana dapat berkhidmat untuk Sukan Olimpik. Menganjurkan Sukan Olimpik adalah impian rakyat China sejak 100 tahun lalu, dan tentulah termasuk orang Islam. Kami berasa gembira dapat memberikan perkhidmatan keagamaan untuk temasya ini."

Wang Chong'en telah menyandang jawatan imam selama 30 tahun. Beliau memberitahu wartawan bahawa Masjid Fayuan juga membuat persiapan yang mencukupi untuk menerima kunjungan tetamu asing.

"Kami memasang penyaman udara, kemudahan audio dan bilik air yang moden. Selain saya, terdapat 3 orang lagi imam di masjid kami dan sesetengah mereka baru menamatkan pelajaran di seberang laut. Mereka pandai memberikan tafsiran Al-Quran dalam bahasa Inggeris dan bahasa Arab."

Nurullah Kaya ialah seorang wartawan Islam dari Turki. Beliau menjumpai Masjid Fayuan secara kebetulan. Beliau berkata:

"Inilah kali pertama saya datang ke Beijing dan bandar ini baik sekali. Saya telah melawat Niujie dan melihat hidup orang Islam di sana yang agak senang. Sebelum datang ke Beijing, saya tidak pasti sama ada dapat menjumpai masjid di Beijing atau tidak. Sekarang, saya berasa amat gembira kerana dapat sampai ke Masjid Fuyuan dengan begitu mudah."

Terdapat ramai lagi orang Islam seperti Nurullah Kaya yang mengamalkan aktiviti agama mereka seperti biasa di Beijing. Mereka bersama-sama menikmati suasana aman dan mesra yang disediakan oleh Beijing kepada rakyat seluruh dunia.

Untuk menjadikan setiap pengunjung tidak merasa asing di Beijing, Beijing juga mengambil ramai sukarelawan untuk memberikan perkhidmatan terjemahan. Beijing menubuhkan Pusat panggilan Sukan Olimpik untuk membantu mereka yang mempunyai masalah berbahasa. Pusat itu mempunyai 1500 orang petugas dan memberikan perkhidmatan dalam 14 bahasa. Semua petugas pusat itu sudah melalui latihan profesional dan mengetahui semua maklumat yang berkaitan dengan Sukan Olimpik, seperti maklumat tentang stadium Olimpik, panduan penonton dan lain-lain.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |