v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Satu Hari Wartawan Singapura dalam Tempoh Sukan Olimpik Beijing
2008-08-20 17:25:51 Agensi Berita Xinhua China

9 Ogos ialah pertama hari pertandingan sukan selepas upacara perasmian temasya Sukan itu dilangsungkan pada malam sebelumnya. Pada pukul 8:30 pagi itu, kekita orang ramai masih tidur nyenyak kerana menyambut upacara perasmian Sukan Olimpik tersebut malam sebelumnya, wartawan yang bertanggungjawab membuat liputan tentang Sukan Olimpik Beijing telah memulakan hari mereka yang sibuk.

Bagi para wartawan, temasya Sukan Olimpik yang berlangsung sebulan ini juga adalah "perang" bagi mereka. Bagi wartawan yang tidak mendafatr dan tidak mendapat pas wartawan dari Pusat Media Utama (MPC) dan Pusat Penyiaran Antarabangsa (IBC), mereka mesti bekerja dengan lebih kuat. Sila ikuti wartawan MediaCorp Singapura, Yeow Seng bekerja dalam satu hari.

Yeow Seng Yong dari MediaCorp Singapura juga merupakan s wartawan yang tidak mendaftar di MPC atau IBC. Dalam tempoh temasya Sukan Olimpik Beijing, beliau tinggal di sebuah hotel dua bintang di bahagian utara Beijing. Ketika wartawan kami berjumpa beliau di biliknya, beliau baru sahaja selesai liputan tentang suasana meriah pada malam upacara perasmian Sukan Olimpik diadakan. Beliau memberitahu wartawan kami: "Kerja saya pada setiap pagi adalah untuk membuat tiga liputan. Liputan pertama mesti dibuat pada pukul 8:15 pagi. Jadi, saya perlu bangun lebih awal. Walaupun saya tidak mendapat membuat liputan di MPC atau IBC, tetapi saya boleh mengumpulkan maklumat melalui internet atau berhubung dengan Sekretariat Kontinjen Singapura. Selepas itu, saya membuat laporan terus ke Singapura melalui telefon bimbit saya."

 Beliau diberitahu bahawa atlet Singarura Li Hongyao menyertai acara skit pada pagi 9 Ogos lalu, tetapi acara itu tidak disiarkan oleh stesen TV. Ketika beliau mengetahui Radio Antarabangsa China (CRI) mempunyai 40 yang menyiarkan semua acara pertandingan, Yeow Seng Yong meminta wartawan CRI untuk membawanya menonton siaran langsung di CRI. Namun, selepas tiba di sana dan mencari saluran yang menyiarkan acara yang berkenaan satu demi demi satu, hingga habis 40 saluran, harapannya berkecai kerana masalah teknikal. Walau bagaimanapun, dalam perjalanan balik ke BIMC, iaitu Pusat Media Antarabangsa, Yeow Seng Yong diberitahu bahawa dengan pas wartawan dari BIMC, beliau dapat menaiki bas awam dengan percuma. Beliau berasa senang hati.

Beliau memberitahu wartawan: " Saya hanya boleh memasuki 'BIMC' untuk membuat liputan. Di sini ada pelbagai kemudahan yang baik untuk wartawan yang tidak dapat mendaftar di MPC atau IBC. " Ketika ballik ke BIMC, Yeow Seng Yong mencari maklumat tentang acara skit untuk membuat liputan. Selepas menyelesakan liputan itu, hari sudah pun menjelang pukul 12 tengah hari. Beliau makan tengah hari bersama-sama wartawan CRI. Yeow Seng Yong memberitahu wartawan bahawa beliau membuat persiapan lebih awal untuk menjamin kejayaan liputannya.

"Saya cuba menghubungi Agensi Pelancongan China untuk membeli dua tiket untuk menonton acara yang disertai oleh atlet kami, satu untuk acara olahraga dan satu lagi untuk acara pingpong." Selepas itu, Yeow Seng Yong pergi ke Universiti Teknologi Beijing untuk menonton pertandingan badminton yang disertai oleh atlet Singapura. Pada pukul 8 malam, ketika wartawan kami berjumpa dengan mereka sekali lagi, Yeow Seng Yong baru balik dari stadium untuk membuat liputan kali ketiga bagi hari ini.

Ketika melihat beliau bekerja begitu gigih, wartawan kami tidak sampai hati mengganggu mereka lagi. Terdapat ramai sekali wartawan asing seperti mereka yang datang ke Beijing untuk membuat liputan tentang temasya Sukan Olimpik ini. Kita berharap mereka dapat menyelesaikan tugas mereka dengan sempurna, di samping dapat menikmati pemandangan bandar purba ini dan perubahannya yang disebabkan Sukan Olimpik Beijing serta penduduknya yang mesra dan ikhlas.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |