v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

"Rumah Awan" Memaparkan Budaya China
2008-08-18 11:48:58 CRI

Sebelum Sukan Olimpik Beijing dirasmikan, tuan rumah Sukan Olimpik telah membina sebanyak 30 buah Rumah Cerita China yang juga dikenali sebagai "Rumah Awan" dalam bahasa China, di kawasan pusat Taman Olimpik. Rumah-rumah ini memaparkan budaya yang istimewa dari pelbagai wilayah China dengan mempamerkan barang, menayangkan video serta mengadakan pertunjukan pembuatan kraf tangan. Bagi pelancong asing yang datang ke Beijing untuk menyaksikan pertandingan Sukan Olimpik, rumah-rumah ini boleh membantu mereka "melancong" ke seluruh negara China dalam tempoh sehari.

Sejak temasya sukan ini bermula, kian ramai pelancong melawat ke "Rumah Awan" ini.

Keluarga Encik George Cook seramai lima orang yang berasal dari Amerika Syarikat datang ke Beijing untuk menyaksikan pertandingan Sukan Olimpik, dan mereka tidak bercadang melancong ke tempat lain negara ini. Namun, setelah berkunjung ke 30 buah "Rumah Awan" yang memaparkan pelbagai budaya yang istimewa dan menarik ini, beliau dengan terharu berkata:

"Bagus sekali, saya ingin melawat lagi ke negara ini. Rumah ini membolehkan saya menghayati budaya yang beranka ragam di China."

(Dalam "Rumah Awan" Jiangxi, banyak barang tembikar dipamerkan yang memaparkan "kebudayaan tembikar" provinsi itu.)

(Dalam "Rumah Awan" Jiangxi, seorang sukarelawan mempersembahkan cara membuat tembikar.)

Kelisa Cook, anak Encik Cook yang berumur 10 tahun menganggap semua yang disaksikan itu sebagai "cool". Katanya:

"Saya telah menonton persembahan penukaran topeng tadi, ia sangat mempesonakan."

"Penukaran Topeng" yang disebut oleh Kelisa itu ialah sejenis persembahan Opera Sichuan. Pelakon dalam opera ini mampu menukar topengnya dengan begitu cepat, sehingga penonton tidak dapat melihat bagaimana dia melakukannya. Persembahan ini seperti silap mata, jadi, hanya ahli silat mata itu sahaja yang mengetahui cara melakukannya.

Puan Marion Rider, seorang pensyarah Jerman juga melawat ke Beijing untuk menyaksikan pertandingan Sukan Olimpik. Walaupun hanya berada di sini selama tiga hari, beliau berasa gembira kerana berpeluang mengetahui budaya di pelbagai tempat di China setelah melawat ke "Rumah Awan" ini. Beliau berkata:

"Rumah-rumah ini memang mengejutkan saya. Sebelum datang ke China, saya tidak mengetahui sedikit pun tentang budaya China. Ini sungguh mempesonakan. Beijing telah membuat persiapan yang secukupnya."

Seperti yang dikatakan oleh Puan Rider, "Rumah Awan" membolehkan kebanyakan pelancong asing mengetahui dan mendekati budaya China.

Di dalam "Rumah Awan" Mongolia Dalam, Encik Thomas Ziolkowski yang berasal dari Australia asyik mendengar penjelasan tentang satu lagu percintaan etnik Mongol yang dibuat oleh Cik Chen Li, gadis etnik Mongol. Di sebelah Encik Thomas Ziolkowski, seorang seniman etnik Mongol sedang mempersembahkan lagu ini kepada para pengunjung. Encik Ziolkowski berkata:

"Saya tidak mengetahui sedikit pun tentang Mongolia Dalam sebelum melawat sini. Di 'Rumah Awan' ini, mereka menceritakan banyak hal tentang wilayah yang indah ini, dan saya harap dapat berkunjung ke tempat itu suatu hari nanti."


(Seorang tukang sulam mempersembahkan cara menyulam dalam "Rumah Awan")

Cik Chen Li berkhidmat di rumah ini dan menceritakan kisah yang sama kepada para pengunjung setiap hari. Pada masa yang sama, beliau sendiri juga dapat merasai daya tarikan budaya China kepada pelancong asing. Katanya:

"Kebanyakan pelancong asing mempunyai minat yang besar terhadap budaya China. Setelah melawat ke 'Rumah Awan' ini, hasrat mereka bertambah kuat untuk mengetahui budaya China dengan lebih lanjut."

Encik Steven Stainle pula telah membawa anaknya yang hanya berumur 3 tahun berkunjung ke "Rumah Awan" di pusat Taman Olimpik ini. Beliau memberitahu wartawan:

"Saya harap dia boleh mengingat sedikit sebanyak tentang budaya China yang dipamerkan di sini. Maklumlah, dia terlalu kecil. Saya bercadang melawat ke China lagi pada satu atau dua tahun akan datang. Pada waktu itu, saya rasa anak saya boleh mengingat lebih banyak perkara."

("Rumah Awan" Ningxia)

Bagi pelancong asing yang mengetahui budaya China, "Rumah Awan" juga boleh membawa kejutan yang menyeronokkan kepada mereka.

Julian Drew yang berasal dari Afrika Selatan datang ke Beijing khusus untuk menyaksikan pertandingan Sukan Olimpik. Setelah melawat "Rumah Awan" Shanghai, beliau menyatakan bahawa beliau berasa kagum mendengar muzik tradisional kesenian rakyat yang dimainkan di rumah Shanghai, bandar yang cukup moden itu. Kata beliau:

"Menghayati budaya China merupakan pengalaman yang bernilai dalam perjalanan saya ini selain menyaksikan Sukan Olimpik. Saya pasti akan melawat ke China lagi."

Setiap "Rumah Awan" di sini ada pemandu yang boleh bertutur dalam bahasa Inggeris. Selain "Rumah Awan", persembahan kebudayaan yang lain seperti pameran, persembahan dalam teater dan lain-lain telah memeriahkan lagi suasana budaya Sukan Olimpik serta bandar yang moden ini, sehingga pelancong asing boleh merasai keindahan budaya China selain menyaksikan Sukan Olimpik.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |