v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Tiada yang Gagal dalam Sukan Olimpik
2008-08-18 15:58:16 CRI

Seramai lebih 10 ribu orang atlet dari 204 buah negara dan wilayah menyertai pertandingan Sukan Olimpik Beijing 2008. Namun, Sukan Olimpik kali ini hanya akan mengeluarkan 302 buah pingat emas. Ini bererti kebanyakan atlet tidak dapat memperoleh pingat "Emas Bertatahkan Jed" yang indah itu. Walaupun demikian, mereka tetap bersenyum riang, kerana semangat sukan Olimpik ialah "Mementingkan Penyertaan". Dalam pentas Sukan Olimpik tidak ada orang gagal. Kejayaan milik setiap atlet.

Inti Sukan Olimpik ialah "Mengutamakan Penyertaan" yang dikemukakan oleh "Bapa Olimpik Moden", iaitu Pierre de Coubertin. Dengan semangat Olimpik, orang dari negara, etnik dan budaya yang berbeza-beza berkumpul di Beijing. Bagaimanapun, yang boleh menjadi juara hanyalah sekumpulan kecil. Namun, kebanyakan atlet boleh menikmati kegembiraan dalam Sukan Olimpik dengan menyertainya sendiri. Wendy Hale ialah seorang daripada 3 orang atlet kontinjen Kepulauan Solomon. Dia menyertai pertandingan angkat berat kategori 58 kilogram wanita dan hanya menduduki tempat terakhir. Namun, dia tidak berasa kesal sedikit pun, dan berkata, "Saya merasa bangga dapat datang ke Beijing untuk menyertai Sukan Olimpik. Ini kali pertama saya menyertai temasya sukan ini dan saya sangat gemuruh. Tetapi, saya gembira dapat bersaing dengan atlet terbaik di dunia dan juga merasa bangga kerana sayalah satu-satunya atlet negara saya yang menyertai pertandingan angkat berat."

Atlet Kepulauan Marshall, William Cress menyertai acara lumba lari 100 meter lelaki. Tapi, hasilnya cuma 11''18, dan ini bererti dia tidak boleh masuk ke pusingan kedua. Namun, di luar jangkaannya, dia telah diatur dalam kumpulan yang sama dengan atlet terkenal, iaitu Asafa Powell. Bagi Cress, hasilbukanlah perkara yang paling penting, tetapi, dapat bersaing dengan atlet terkenal, menjadikannya merasa sangat bahagia. "Saya adalah atlet yang paling pantas di negeri saya. Maka saya mendapat peluang menyertai Sukan Olimpik ini. Saya sangat gembira, kerana saya pernah bersaing dengan atlet terbaik di dunia, dan saya akan memaklumkan hal ini kepada isteri, anak dan kawan-kawan saya. Seterusnya, saya akan menonton pertandingan lain untuk memberikan sokongan kepada teman-teman sepasukan."

Liechtenstein hanya seluas 160 kilometer persegi. Ketua kontinjen negara itu, Alex Hermann menyatakan bahawa meskipun negaranya kecil, tetapi mereka juga mempunyai sejarah tradisi sukan yang panjang. Mereka menghantar 2 orang atlet, dan mereka pasti akan berusaha sekuat mungkin dalam pertandingan itu. "Kami mempunyai tradisi sukan yang baik, terutamanya dalam acara sukan musim sejuk. Sejak tahun 1936, kami telah menyertai setiap Sukan Olimpik kecuali Sukan Olimpik Moscow."

Palestin menghantar 4 orang atlet untuk menyertai Sukan Olimpik Beijing. Atlet olahraganya, Nadir Al-Masri menghadapi banyak kesukaran untuk menyertai Sukan Olimpik ini. Dia baru mendapat keizinan pada 9 April yang lalu dan terus pergi ke bandar Jericho, di Tebing Barat. Di sanalah terdapatnya satu-satunya landasan pacu 400 meter. Namun, akhirnya, dengan bantuan badan di bawah Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, dia dapat menerima latihan selama 40 hari di Guangzhou China. Menurutnya, meskipun menghadapi kesukaran besar, tetapi impiannya tercapai juga pada akhirnya. "Untuk persiapan Sukan Olimpik, 4 bulan memang tidak cukup. Namun, kemampuan saya agak baik. Saya harap saya dapat mencapai prestasi yang baik dan mencipta rekod baru Palestin dalam Sukan Olimpik Beijing ini."

Menurut statistik Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing, daripada semua negara yang menyertai temasya sukan ini, sebanyak 80 buah negara belum lagi memperoleh apa jua pingat. Namun, ada juga beberapa buah negara yang mencapai kejayaan yang besar. Atlet Mongolia, Maidan Turshinbayar memperoleh pingat emas dalam acara Judo lelaki kategori 100 kilogram. Ini merupakan pingat emas pertama Mongolia dalam Sukan Olimpik. Tentang hal itu, Turshinbayar menyatakan penghargaannya kepada beberapa pihak. Katanya, "Saya mendapat pingat emas. Saya perlu mengucapkan terima kasih kepada ibubapa dan jurulatih saya, serta semua rakyat Mongolia yang menyokong saya. Inilah perasaan saya selepas bergelar juara."

Dalam Sukan Olimpik Beijing ini, atlet dari pelbagai negara di dunia sedang merealisasikan impian Coubertin. Kejayaan milik setiap orang.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |