v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

"Kubus Air" Menyediakan Suasana yang Selesa Bagi Atlet-Atlet Sukan Olimpik untuk Mencapai Kecemerlangan
2008-08-19 11:41:48 CRI

"Kubus Air", iaitu Pusat Akuatik Negara menjadi satu lagi stadium utama bagi Sukan Olimpik Beijing. Dalam tempoh 4 hari setelah temasya sukan ini dirasmikan, atlet renang dari pelbagai negara telah memecahkan 9 rekod dunia dan 15 rekod Sukan Olimpik di stadium tersebut. Atlet-atlet tersebut amat berpuas hati dengan kemudahan di "Kubus Air" dan pusat tersebut pula menarik perhatian pelbagai pihak.

Reka bentuk "Kubus Air" amat cemerlang antara stadium-stadium untuk Sukan Olimpik. Bangunan tersebut berbentuk kubus dan dindingnya seperti dibina dengan gelembung air yang berwarna biru. Pada waktu malam, ketika cahaya lampau memancar melalui dinding yang berwarna biru itu, "Kubus Air" kelihatan seperti diperbuat daripada krital.

Setelah Sukan Olimpik Beijing dirasmikan, atlet A.S., Michael Phelps dengan pencapaian 4'03''84 telah memecahkan rekod dalam sejarah renang 400m rampaian perseorangan lelaki dan meraih pingat emas dalam acara tersebut. Selepas itu, beberapa atlet dari pelbagai negara lain pula berturut-turut mencapai kecemerlangan di "Kubus Air". Stephanie Rice dari Australia, Kosuke Kitajima dari Jepun, Kirty Coventry dari Zimbabwe masing-masing telah memecahkan rekod dalam sejarah.

Michael Phelps amat kagum dengan bangunan "Kubus Air". Beliau menyatakan bahawa "Kubus Air" adalah stadium paling hebat dalam banyak-banyak stadium yang pernah menjadi tempat beliau bertanding. Ramai penonton memberikan sorakan untuk beliau. Menurut beliau, bertanding di "Kubus Air" rasanya seperti bertanding di stadium negara sendiri.

Wartawan dari akhbar Telegraph Britain, Brendan Gallagher merupakan wartawan tersohor yang membuat liputan tentang acara renang. Beliau menyatakan bahawa "Kubus Air" memang hebat, air dalam kolam renangnya agak dalam, dan semua atlet berasa seronok bertanding dalam stadium tersebut. Acara renang dalam Sukan Olimpik Beijing merupakan pertandingan renang yang bertaraf paling tinggi di dunia.

"Kubus Air" telah menyediakan suasana yang selesa bagi atlet dan penonton. Pereka bentuknya menyediakan suhu dan kelembapan yang sesuai bagi semua, dan menyediakan suhu yang berbeza-beza di ruangan yang berlainan menurut keperluan masing-masing. Suhu air kolam renang dikawal pada kira-kira 26?.Suhu ini amat sesuai bagi atlet untuk mencapai kecemerlangan. Ketika ini, terdapat ramai atlet yang sedang membuat persiapan di sebelah kolam. Mereka tidak memakai kasut dan memijak lantai dengan kaki. Pereka bentuk stadium tersebut telah menyediakan sebuah lapisan paip pemanas di bawah lantai supaya suhu lantai terkawal pada kira-kira 32?.Atlet yang memijak lantai tersebut akan berasa selesa.

Tara Torres dari A.S. ialah atlet renang yang tersohor dalam tempoh lebih 20 tahun. Beliau telah menyertai Sukan Olimpik sebanyak 5 kali. Menurut beliau, "Kubus Air" merupakan stadium renang terbesar yang pernah dilawatinya. Air di kolamnya agak dalam dan peredaran air amat lancar. Menurutnya, stadium ini menyediakan suasana yang selesa dan kenudahan yang bagi bagi para perenang. Beliau amat kagum dengan kecemerlangan reka bentuk stadium tersebut.

Selain kemudahan yang disediakan oleh "Kubus Air", atlet juga berjaya mencapai kecemerlangan kerana usaha gigih mereka dalam latihan. Atlet A.S., Natalie Coughlin berjaya meraih pingat emas dalam acara 100m kuak lentang wanita. Beliau menyatakan bahawa "Kubus Air" menyediakan kemudahan yang baik baginya untuk memecahkan rekod dalam sejarah. Namun menurut beliau, atlet perlu berusaha gigih untuk mencapai kecemerlangan. Jadi, mereka bertungkus-lumus berlatih selama empat tahun untuk membuat persiapan bagi mencapai kecemerlangan dalam temasya sukan tersebut. Setelah Sukan Olimpik Athens berakhir, Natalie Coughlin mula membuat persiapan untuk Sukan Olimpik Beijing. Kini, tahap kemahirannya berada di puncak.

Beberapa kelengkapan yang canggih seperti baju renang daripada kulit ikan yu juga memudahkan atlet untuk mencapai kecemerlangan dalam pertandingan. Seorang lagi atlet A.S., Aaron Peirsol, dengan pencapaian 52''54 memecahkan rekod dalam sejarah dan meraih pingat emas dalam acara 100m renang kuak lentang lekaki pada pagi 12 Ogos lalu. Menurut beliau, air kolam renang "Kubus Air" amat dalam dan tenang. Kemudahan ini amat baik baginya untuk mencapai kecemerlangan. Selain itu, baju dan topik renang yang menggunakan bahan terbaik juga memberikan manfaat kepada kami untuk memecahkan rekod dalam sejarah.

Penonton dalam "Kubus Air" juga menyediakan suasana yang baik bagi atlet untuk mencapai kecemerlangan. Shen Zhuni, orang Cina dari A.S. telah datang Beijing untuk menyaksikan temasya sukan yang meriah ini. Keluarganya melibatkan diri dalam bidang sukan sejak turun-temurun. Adik perempuannya telah menyertai Sukan Olimpik Mexico 1968. Menurut beliau, penonton di Beijing amat bersopan dan mesra. Mereka telah memberikan gambaran yang baik tentang China kepada rakyat dunia.

------Andika

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |