v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Laos Sanjung Tinggi Penyelenggaraan Sukan Olimpik Beijing
2008-08-20 16:59:50 CRI

Pada 18 Ogos lalu, sebelum kontinjen Laos menyelesaikan semua acara pertandingan dan pulang, Naib Ketua kontinjen itu, Phouvanh Vongsouthi diwawancara oleh wartawan CRI. Dalam wawancara itu, beliau menyatakan sanjungan yang tinggi terhadap kerja penyelenggaraan temasya Sukan Olimpik ini dan mengakui bahawa pengalaman ini perlu dipelajari oleh Laos.

Kontinjen Laos terdiri daripada 10 orang atlet yang menyertai dua acara dalam temasya sukan kali ini, iaitu olahraga dan berenang. Encik Phouvanh Vongsouthi menyatakan bahawa Sukan Olimpik Beijing telah diselenggarakan dengan terbaik dalam sejarah. Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing (BOCOG) menugaskan empat orang sukarelawan yang berbahasa Laos bagi kontinjen ini untuk membantu mereka dalam pelbagai aspek. Encik Phouvanh berkata:

"Terdapat 400 ribu orang sukarelawan yang memberikan khidmat untuk Sukan Olimpik Beijing dalam 44 bahasa asing. Sekiranya kami memerlukan bantuan, mereka dapat memberikan respons yang pantas dan kami dapat merasakan kemesraan rakyat China sebagai tuan rumah. "

Selain itu, beliau juga berasa puas hati terhadap keadaan lalu lintas di Beijing. Beliau berkata:

"Keadaan lalu lintas di Beijing amat baik. Sebelum ini, saya pernah berasa bimbang terhadap keadaan lalu lintas di Beijing, Tetapi selepas sampai, saya mendapat tahu bahawa Beijing mengambil langkah untuk menjamin kelancaran lalu lintas, antaranya kenderaan di Beijing hanya dibenarkan bergerak mengikut giliran berasaskan nombor kereta, sama ada ganjil atau genap, sepanjang tempoh Sukan Olimpik. Langkah-langkah tersebut memberikan hasil yang memuaskan."

Beliau menambah bahawa stadium sukan dan kerja penjagaan keselamatan juga meninggalkan kesan yang mendalam kepada beliau. Beliau berkata:

"Stadium-stadium Sukan Olimpik ini amat megah dan mengagumkan, khususnya 'Kubus Air' yang memuatkan 17 ribu orang penonton itu. Arkiteknya cukup bijak kerana dapat membina stadium yang luar biasa itu. Kerja menjamin keselamatan Sukan Olimpik ini juga dijalankan dengan ketat dan teratur. Atlet berasa selamat berada di mana-mana, sama ada dalam stadium atau di luar Perkampungan Sukan Olimpik."

Ketika ditanya apa yang meninggalkan kesan yang paling mendalam kepada beliau, beliau menyatakan bahawa upacara perasmian Sukan Olimpik yang telah berjaya menunjukkan budaya dan tamadun China dengan sempurna dalam masa hanya beberapa jam itumerupakan upacara perasmian yang paling istimewa dalam sejarah Olimpik.

Laos akan menganjurkan Sukan Asia Tenggara tahun depan. Encik Phouvanh Vongsouthi menyatakan bahawa pengalaman menganjurkan Sukan Olimpik Beijing ini amat bermanfaat bagi Laos. Kata beliau:

"Kami telah memperoleh banyak pengalaman melalui penyertaan dalam Sukan Olimpik kali ini.. Pengalaman Beijing dalam menganjurkan temasya sukan, mengaturkan acara pertandingan dan menyiarkan acara pertandingan amat bermanfaat bagi kami."

Pada akhir wawancara itu, Encik Phouvanh Vongsouthi berkata:

"Terlebih dahulu, saya mengucapkan tahniah kepada China kerana kejayaan Sukan Olimpik Beijing dan kejayaan ini adalah kebanggaan seluruh rakyat Asia ! "

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |