v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Atlet Vietnam Hoang Anh Tuan
2008-08-21 16:55:38 CRI

Sekarang ini, Sukan Olimpik Beijing telah memasuki fasa akhir dan semua acara pertandingan angkat berat telah selesai. Pasukan China memperoleh 8 buah pingat emas dan sebuah pingat perak. Walaubagaimana pun, antaranya pemanang pingat dalam acara angkat berat, nama atlet Vietnam muncul dalam senarai kutipan pingat ini buat pertama kalinya. Atlet itu bernama, Hoang Anh Tuan.

Dalam pusingan pertama, Hoang Anh Tuan telah meminta keberatan 126 kilogram dan berjaya mengangkatnya dengan penuh keyakinan. Walaupun pada akhirnya, beliau hanya berjaya mengutip pingat perak dengan keputusan hanya kurang 2 kilogram, namun pingat perak itu amat bermakna bagi Vietnam. Pingat itu adalah pingat pertama yang diperoleh oleh kontinjen Vietnam dalam Sukan Olimpik ini dan pingat kedua dalam sejarah Olimpik mereka. Hoang Anh Tuan berpuas hati dengan keputusan itu. Kata beliau:

"Saya mengidam untuk mendapat satu pingat dalam Sukan Olimpik Beijing dan impian saya ini telah menjadi kenyataan."

Hoang Anh Tuan yang berumur 24 tahun ini pernah menerima latihan yang lama di China dan pengalaman ini membantu beliau memperoleh pingat perak tersebut. Ketua kontinjen Vietnam, Hoang Vinh Giang menyatakan bahawa pingat tersebut adalah hasil persahabatan China-Vietnam.

Hoang Anh Tuan juga menyanjung tinggi jurulatih China yang profesiobnal. Beliau berkata bahawa jurulatih China banyak memberikan panduan kepadanya. Dalam tempoh beliau membuat persiapan untuk Sukan Olimpik Beijing, Hoang Anh Tuan telah mencatatkan kekurangan dirinya setiap kali selepas berlatih untuk meningkatkan daya saingan.

Hoang Anh Tuan menyelesaikan latihannya di Eropah dan tiba di Beijing untuk membuat persiapan 7 hari sebelum Sukan Olimpik Beijing dirasmikan. Latihan dan kehebatannya mengakibatkan sesetengah saingannya berasa bimbang sedikit. Hoang Anh Tuan menyatakan bahawa, ini adalah strategi psikologi. Kata berkata:

"Menjelang pertandingan, saya mengangkat berat lebih daripada biasa, dan ini menjadikan atlet lain berasa kurang keyakinan pada diri mereka. Ini adalah strategi psikologi saya. "

Beliau menambah, walaupun tidak memperoleh pingat emas, tetapi pengalaman menyertai Sukan Olimpik kali ini amat berharga dan beliau sedia berkongsi pengalaman itu dengan orang lain untuk membantu lebih ramai atlet Vietnam mencapai kejayaan. Kata beliau:

" Ada pelbagai aspek China yang perlu kami pelajari. Atlet China amat cemerlang. Sekiranya saya mendapat peluang untuk menjadi jurulatih, saya sudi untuk berkongsi pengalaman saya dengan mereka."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |