v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Cerita Tentang Natalia Partyka
2008-08-21 17:37:47 CRI

Pertandingan acara pingpong berpasukan dalam Sukan Olimpik Beijing mula diadakan di Gimnasium Universiti Peking pada 13 Ogos lalu. Yang diadakan di meja No.3 ialah pertandingan antara pasukan Hong Kong China dan pasukan Poland. Orang ramai merasa kagum melihat salah seorang atlet daripada pasukan Poland ialah seorang wanita yang tiada lengan kanan. Dialah Natalia Partyka, juara dunia acara pingpong perseorangan wanita dalam Sukan Paralimpik Athens. Kali ini, dia bukan sahaja akan menyertai Sukan Paralimpik, tetapi juga mengambil bahagian dalam pertandingan acara pingpong Sukan Olimpik Beijing. Ini merupakan pertama kalinya Natalia Partyka menyertai Sukan Olimpik.

Natalia Partyka dilahirkan dalam sebuah keluarga yang kaya di Poland pada tahun 1989. Lengan kanannya cacat sejak dia dilahrikan. Walau bagaimanapun, dia mula belajar bermain pingpong ketika dia berumur tujuh tahun. Katanya: "Saya mula bermain pingpong ketika saya masih kecil. Saya ada seorang kakak. Dia amat berminat terhadap pingpong ketika saya berumur tujuh tahun, saya selalu mengikut apa sahaja yang dilakukan oleh kakak saya. Jadi, kami berdua selalu bermain pingpong dan bertanding. Pada mulanya, dia selalu menang. Oleh itu, saya berlatih dengan bersungguh-sungguh untuk mengalahkannya. Betitulah caranya saya mula bermain pingpong."

Kini, kakak Natalia Partyka pasti tidak dapat mengalahkannya. Pada tahun 2000, Natalia Partyka yang berumur 11 tahun menyertai Sukan Paralimpik Sydney dan merupakan atlet yang paling muda dalam temasya sukan itu. Selepas itu, dia meraih satu pingat emas dan satu pingat perak pula bagi acara pingpong dalam Sukan Paralimpik Athens 2004. Seterusnya, dia bercita-cita untuk menyertai Sukan Olimpik Beijing. Untuk mencapai hasratnya itu, dia menjalankan latihan dengan tekun. Dua tahun kebelakangan ini, Natalia Partyka menyertai banyak pertandingan penting peringkat dunia. Dia telah menyertai Kejohanan Dunia Pingpong acara Tunggal yang diadakan di Zagreb pada tahun 2007 dan Kejohanan Dunia Pingpong Berpasukan yang diadakan di Guangzhou, China pada bulan Feberuari lalu. Dalam pertandingan di Guangzhou itu, Natalia Partyka mengalahkan atlet Singapura, Li Jiawei yang menduduki tangga ke-6 di dunia.

Natalia Partyka yang kini menduduki tangga ke-147 di dunia, tidak berjaya melayakkan diri untuk menyertai pertandingan pingpong perseorangan wanita dalam Sukan Olimpik Beijing. Namun, jurulatih pasukan Poland memilih Natalia Partyka sebagai anggota dalam pertandingan berpasukan. Oleh itu, dia dapat mencapai impiannya untuk menyertai Sukan Olimpik Beijing. Selepas pertandingan yang diadakan pada 13 Ogos lalu, dia memberitahu wartawan bahawa: "Pada saat itu saya berasa amat gembira. Menyertai Sukan Olimpik Beijing merupakan impian saya, dan saya sudah mencapainya."

Natalia Partyka cacat lengan kanannya di bawah siku. Jadi adakah ini menjejaskan persembahannya dalam pertanding atau tidak? Natalia Partyka memberitahu wartawan bahawa dia hanya boleh bermain pingpong dengan tangan kiri, dan ini menjadi sedikit masalah untuk menyimbangkan badannya. Oleh itu, dia meningkatkan latihan kakinya. Katanya: "Badan saya kurang seimbang, namun paha saya kuat dan boleh melengkapi kekurangan untuk menyimbangkan badan. Oleh itu, lengan yang cacat tidak menjejaskan persembahan saya."

Antara atlet yang menyertai Sukan Olimpik Beijing ini, terdapat juga seorang lagi atlet kurang upaya seperti Natalia Partyka. Dialah Natalie du Toit, atlet renang Afrika Selatan yang cacat betis kirinya. Natalia Partyka berharap pengalaman mereka dapat meningkatkan keyakinan diri orang kurang upaya lebih ramai lagi. Katanya: "Sekiranya cerita saya dapat menggalakkan lebih ramai orang kurang upaya menyertai acara sukan, inilah yang terbaik. Saya berharap agar pengalaman saya dan atelt Afrika Selatan ini dapat meningkatkan keyakinan diri bagi lebih ramai orang kurang upaya. Sekiranya kita berusaha bersungguh-sungguh dan yakin ada diri sendiri, matlamat kita pasti akan tercapai."

Ketika memperkatakan cita-citanya pada masa depan, Natalia Partyka menyatakan bahawa Sukan Olimpik Beijing merupakan sukan Olimpik pertama yang disertai olehnya, dan diharapkan bukan kali terakhir. Dia berharap untuk mencapai cita-citanya, iaitu menyertai pertandingan acara pingpong perseorangan wanita dalam Sukan Olimpik London pada tahun 2012.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |