v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

He Zhenliang: Sukan Olimpik Beijing Tingkatkan Interaksi antara China dengan Dunia
2008-08-22 14:40:16 CRI

He Zhenliang, Pengerusi Kehormat Jawatankuasa Olimpik China yang juga ahli Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) telah memainkan peranan yang amat penting dalam usaha Beijing memohon penawaran menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2008. Ketika diwawancara oleh media di Pusat Penerangan Antarabangsa Beijing baru-baru ini, beliau telah mengemukakan pendiriannya mengenai kesan Sukan Olimpik Beijing kepada China dan dunia.

He Zhenliang, berusia hampir 80 tahun merupakan "diplomat" dalam bidang sukan yang dikenali ramai di China. Beliau telah dua kali terlibat dalam usaha memohon penawaran penganjuran Sukan Olimpik untuk Beijing dan bertugas sebagai pembentang pihak China dalam prosedur pengundian. Selepas Beijing dipilih sebagai tuan rumah bagi Sukan Olimpik ke-29 pada tahun 2001, He Zhenliang ditanggungjawabkan sebagai penasihat dan ahli eksekutif Suruhanjaya Penganjur Sukan Olimpik Beijing. Pada 8 Ogos lalu, beliau telah menyaksikan tercapainya impian China menganjurkan Sukan Olimpik. Kata beliau: "Sambutan meriah kepada atlet pelbagai negara yang kita lihat dalam majlis pembukaan Sukan Olimpik memperlihatkan China memang negara yang mengutamakan layanan terhadap tetamu dan bersedia bersahabat dengan rakyat di seluruh dunia."

He Zhenliang yang menjawat jawatan Pengerusi Suruhanjaya Kebudayaan dan Pendidikan Olimpik IOC tetap bergiat dalam usaha menyebarkan kebudayaan Olimpik. Menurut pandangan beliau, selain syarat infrastruktur yang perlu dipertimbangkan ketika memilih tempat untuk menganjurkan Sukan Olimpik, peranan yang mampu dimainkannya untuk menyebarkan konsep Olimpik merupakan perkara yang lebih diutamakan. OIC memilih Beijing untuk menganjurkan Sukan Olimpik memandangkan China mempunyai asas yang baik dari segi masyarakat awam.

Beliau berkata: "Ciri-ciri utama penganjuran Sukan Olimpik oleh China adalah ia melibatkan penyertaan orang awam secara meluas. Boleh dikatakan China sudah meraih satu pingat emas apabila golongan pemuda yang berjumlah 400 juta di China memperoleh pengetahuan tentang Olimpik. Ini bukan kenyataan saya sendiri, tetapi penilaian yang dibuat oleh pemimpin OIC kepada usaha China dalam memperkenalkan Olimpik."

Sukan Olimpik Beijing telah memainkan peranan besar dalam mendorong pembinaan infrastruktur dan memperbaiki alam sekitar. Walau bagaimanpun, He Zhenliang lebih memandang berat dari segi kerohanian daripada Sukan Olimpik Beijing. Kata beliau: "Pujian pelbagai negara kepada Sukan Olimpik Beijing akan menambah rasa bangga rakyat China dan menjadikan kita lebih berkeyakinan. Yang lebih penting ialah ia memberitahu kita bagaimana menjalin persahabatan dengan rakyat di seluruh dunia. Saya yakin rakyat China akan lebih menghormati dan menerima pelbagai kebudayaan yang berbeza, dan ini memang perkara yang amat baik."

Menurut He Zhenliang bahawa penganjuran Sukan Olimpik di China turut memberi kesan mendalam kepada hubungan interaksi antara China dengan dunia. Kata beliau: "Persefahaman antara China dengan pelbagai negara lain akan meningkat apabila lebih ramai warga asing menjejakkan kaki ke China dan melihat dengan mata kepala sendiri keadaan negara ini. Sepertimana yang dikatakan oleh Encik Jacques Rogge, Sukan Olimpik Beijing bukan sahaja satu penanda penting bagi perkembangan China, malah juga penanda baru bagi usaha Olimpik. Saya yakin, ia juga satu penanda penting dalam sejarah perhubungan antara China dengan dunia.

Sukan Olimpik bukan sahaja merupakan temasya sukan yang terbesar di dunia, ia juga dianggap satu pentas besar yang mempaparkan pelbagai kebudayaan di seluruh dunia. He Zhenliang berpendapat bahawa negara tuan rumah sentiasa berusaha untuk mempamerkan kebudayaan unik yang pelbagai itu semasa menganjurkan Sukan Olimpik. Dengan demikian, ciri-ciri kepelbagaian kebudayaan dalam usaha Olimpik baru dapat diperlihatkan dan menjadikan Olimpik ini lebih bergaya." Kata beliau: "Saya yakin Sukan Olimpik 2012 di London nanti pasti akan dipenuhi dengan kebudayaan Britain, sama seperti banyak unsur kebudayaan China yang dipamerkan dalam Sukan Olimpik Beijing. Ciri-ciri kepelbagaian kebudayaan ini menjadikan Olimpik lebih memikat hati."

Olimpik mempunyai pengaruh yang amat besar kepada dunia dan dikenali ramai oleh umat manusia. Sehubungan dengan itu, sering terdapat sesetengah pihak yang berniat menimbulkan kekacauan daripada temasya sukan tersebut. Menurut He Zhenliang bahawa perkara ini memperlihatkan dunia sekarang tidak cukup aman dan amat penting untuk memelihara dan menyemarakkan lagi semangat Olimpik."

Kata beliau: "Sukan Olimpik merupakan satu-satunya platform untuk mengadakan pertandingan secara adil dalam lingkungan persahabatan dan mengatasi perbezaan dari segi agama, sistem politik dan perkauman. Anda pasti akan yakin bahawa unsur murni dapat mengalahkan unsur keji selepas menyaksikan kegembiraan atlet ketika menang dan sorakan penuh semangat para penonton terhadap mereka."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |