v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kisah tentang Mariana, Satu-Satunya Atlet Timor Leste ke Sukan Olimpik Beijing
2008-08-23 15:50:45 CRI

Mariana Dias Ximenes ialah seorang pelari maraton yang juga satu-satunya atlet dari Timor Leste yang menyertai Sukan Olimpik Beijing. Walaupun beliau tidak dapat menamatkan lariannya, namun prestasinya sudah cukup memperlihatkan semangat Olimpik yang mengutamakan penyertaan. Berikut laporan daripada wartawan CRI Li Jing.

Timor Leste adalah negara yang paling muda di Asia. Sukan Olimpik Beijing merupakan temasya sukan peringkat antarabangsa kedua yang disertai oleh kontinjen negara itu selain Sukan Olimpik Athens. Walaupun kontinjen itu diwakili oleh seorang atlet sahaja, namun penyertaan Mariana menjadikan keluarga Olimpik lebih sempurna.

Mariana yang berumur 25 tahun dilahirkan di Dili, ibu negara Timor Leste. Sejak berumur 12 tahun, beliau menjalani latihan untuk acara lari jarak jauh, dan mula mengikuti latihan maraton 10 kilometer pada tahun 2002. Beliau memilih acara larian maraton kerana kemudahan latihan sukan di Timor Leste agak mundur, dan acara maraton tidak memerlukan gelanggang yang khusus. Disebabkan kurang pengalaman dalam menyertai pertandingan ekoran tidak mendapat peluang tersebut, maka pengalaman menyertai Sukan Olimpik kali ini amat berharga bagi beliau.

Sebagai satu-satunya atlet Timor Leste yang menyertai Sukan Olimpik ini, Mariana amat menyedari harapan yang disandarkan pada dirinya. Beliau terpaksa keluar daripada meneruskan lariannya ketika sudah berlari sejauh kira-kira 20 kilometer disebabkan kecederaan. Walaupun berasa kesal, namun, beliau sudah berjuang dengan sepenuh tenaga. Kata beliau,

"Saya hanya diberi latihan sistematik selama sebulan sebelum datang ke Beijing menyertai Sukan Olimpik ini. Jika menghadapi kejohanan besar seperti ini, adalah perlu bagi atlet untuk menjalani latihan sekurang-kurangnya 1 hingga 2 tahun. Melalui temasya sukan ini, saya telah menimba banyak pengalaman."

Menurut Mariana, walaupun Timor Leste masih agak mundur, namun negara itu amat mengutamakan kegiatan sukan.

Ketika menyentuh tentang tanggapannya terhadap Sukan Olimpik Beijing, Mariana menyatakan bahawa beliau amat berpuas hati terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh para sukarelawan. Kata beliau,

"Sebaik tiba di lapangan terbang, saya telah berjumpa dengan sukarelawan yang mengiringi kontinjen kami. Mereka fasih bertutur dalam bahasa Inggeris dan Portugis, dan bersedia memberi bantuan pada bila-bila masa."

Beliau menyatakan bahawa antara kesemua gelanggang pertandingan stadium nasional, "sarang burung" merupakan gelanggang yang paling disukainya. Beliau amat terpesona dengan kemegahan bangunan itu. Katanya,

"Pada pandangan saya, 'sarang burung' merupakan gelanggang yang paling hebat di Asia malah di seluruh dunia. Saya berharap negara saya boleh mempunyai gelanggang sehebat ini pada suatu hari nanti."

Mariana memberitahu wartawan bahawa beliau telah membeli banyak "Chinese Knot" sebagai buah tangan untuk saudara mara dan sahabat handai. Beliau berharap kraftangan tradisional China yang membawa erti bertuah dan berbahagia ini boleh membawa kesejahteraan kepada mereka. Menurutnya, Beijing ialah sebuah bandar rayayang sungguh indah, dan penduduknya amat mesra. Pengalaman di Beijing akan menjadi kenangan indah buat selama-lamanya.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |