v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Wawancara dengan CEO Majlis Sukan Singapura, Encik Oon Jin Teik
2008-08-23 12:12:38 CRI

Kontinjen Singapura telah mencapai kemajuan yang menggalakkan dan mencipta sejarah tersendiri dalam Sukan Olimpik Beijing. Pasukan Pingpong Singapura yang terdiri daripada Li Jia Wei, Feng Tianwei dan Wang Yue Gu merangkul pingat Sukan Olimpik yang pertama bagi Singapura sejak tempoh 48 tahun lalu.

Sementara itu, perenangnya, Tao Li julung-julung kalinya berjaya mara ke peringkat akhir renang kupu-kupu 100 meter wanita. Selain itu, ramai atlet Singapura membuat pencapaian terbaik untuk diri sendiri dalam pelbagai pertandingan Sukan Olimpik.

Baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Sukan Singapura, Encik Oon Jin Teik telah berkunjung ke CRI dan diwawancara mengenai prestasi kontinjen Singapura dalam temasya sukan kali ini. Beliau menyanjung tinggi semua atlet Singapura terhadap perilaku mereka yang memuaskan sepanjang berlangsung Sukan Olimpik ini. Namun, sebagai seorang pegawai sukan yang berpengalaman, beliau menunjukkan bahawa hasil yang dicapai mereka bukanlah menunjukkan jasa seseorang atlet itu. Beliau berkata,

"Kami tentu akan merayakan kejayaan. Tetapi bukan hanya mengenang atlet-atlet yang berjaya, malah mengenang dan berterima kasih terhadap staf-staf lain yang banyak menyumbang tenaga masing-masing seperti jurulatih, pegawai sukan, pakar kinematics dan pakar perubatan sukan. Sudah tentulah juga kami berterima kasih kepada semua penyokong yang tetap berkeyakinan terhadap kami."

Walau bagaimanapun, Encik Oon Jin Teik menyedari bahawa kebanyakan atlet Singapura masih memerlukan usaha yang lebih besar untuk mencapai taraf peringkat dunia. Maka, di samping merayakan kemajuan bersejarah itu, mereka akan terus berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat menjadikan negaranya sebagai kuasa besar sukan.

Mengenai penganjuran Sukan Olimpik Beijing ini, Encik Oon Jin Teik menyatakan penganjuran sukan kali ini sangat baik, perkhidmatan pertandingan dan kemudahan pertandingan Olimpik juga memuaskan. Kesemua ini bermanfaat bagi atlet dalam mempersiapkan diri bertanding. Beliau berkata,

"Saya hanya menggunakan satu perkataan untuk mengulas usaha penganjuran Sukan Olimpik kali ini, iaitu 'Wow'. Saya rasa semua aspek berkenaan adalah sempurna dan saya hendak mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing dan kerajaan bandar Beijing kerana mereka menjalankan tugas yang cemerlang."

Selain itu, beliau juga memuji kesantunan penonton China. Katanya, ketika pertandingan akhir acara pingpong berpasukan wanita antara pasukan China dengan pasukan Singapura, penonton China juga memberikan tepukan yang gemuruh kepada atlet-atlet Singapura. Keadaan ini menjadikan beliau merasa terharu.

Pada pandangan beliau, kejayaan Sukan Olimpik Beijing bukan sahaja menjadi kebanggaan Beijing dan China sendiri, malah juga kebanggaan Asia. Ini telah memberi peluang baik bagi Singapura untuk menganjurkan Sukan Olimpik Remaja pertama pada tahun 2010. Encik Oon Jin Teik berkata,

"Kami datang ke Beijing untuk meminta pengalaman yang berharga daripada Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing. Kesemua pengalaman ini akan digunakan untuk Sukan Olimpik Remaja nanti."

Singapura sedang bersiap sedia untuk menjayakan Sukan Olimpik Remaja pertama tahun 2010. Mereka berharap semangat Olimpik dapat diserap ke lubuk hati manusia melalui penganjuran temasya sukan ini di samping mengumpulkan pengalaman dalam persiapan menganjurkan pertandingan antarabangsa yang besar. Encik Oon Jin Teik memanjangkan jemputan kepada para pendengar seluruh dunia melalui siaran radio CRI.

"Kami menjemput semua orang yang mencintai sukan untuk menyertai Sukan Olimpik Remaja. Kami juga mengalu-alukan sukarelawan untuk berkhidmat pada temasya sukan ini. Saya yakin bahawa sukan akan menjadi jambatan untuk menjalin hubungan persahabatan antara budaya dan negara yang berlainan."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |