
Pada petang 13 Ogos, dalam pertandingan pusingan pertama acara pingpong berpasukan wanita, seorang gadis tanpa lengan kanan merupakan salah seorang wakil kontinjen Poland untuk menyertai pertandingan itu. Beliau ialah juara pingpong perseorangan wanita Sukan Paralimpik Athens, Natalia Partyka.

Atlet Jerman, Matthias Steiner memegang gambar isterinya ketika dianugerahi pingat emas acara angkat berat kategori +105kg Sukan Olimpik Beijing pada 19 Ogos. Beliau meragut pingat emas ini untuk isterinya yang telah meninggal dunia pada tahun lalu.

Atlet Jerman, Oksana Chusovitina yang umurnya 33 tahun meragut pingat perak gimnastik acara loncat kekuda Sukan Olimpik Beijing. Beliau akan menghadiahkan pingat perak itu kepada anak lelakinya yang mengidap penyakit leukemia.

Atlet yang ketiadaan kaki kiri daripada Afrika Selatan, Natalie Du Toit menyertai perlumbaan renang maraton Sukan Olimpik Beijing pada 20 Ogos.

Atlet-atlet Iraq bertanding dalam Sukan Olimpik Beijing.
Penyelaras Urusan Sukan Olimpik Iraq, Sarhad Fatah berkata, "Meskipun keadaan di Iraq amat sukar, tetapi atlet-atlet kami berjaya mengatasi kesulitan dan halangan tersebut. Antara mereka, ada yang mengalami ancaman maut, ada juga yang terpaksa mengelak daripada dibunuh. Walau bagaimanapun, mereka tetap mengekalkan latihan dan menyertai pertandingan ini." Kehadiran mereka telah menjelaskan inti sari semangat Olimpik, iaitu "penyertaan lebih penting daripada kemenangan".

Rubina Muqimyar pula merupakan satu-satunya wanita dalam kontinjen Afghanistan. Cita-citanya telah tercapai kerana beliau dapat menyertai pertandingan Sukan Olimpik ini. "Saya percaya, saya pasti akan mencapai kemenangan dalam sukan kali ini. Menyertai sukan tersebut merupakan matlamat terbesar dalam hidup saya. Walaupun saya tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang, harapan sya hari ini sudah pun tercapai," kata Rubina Muqimyar.
|