v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Atlet Filipina: Sukan Olimpik Beijing yang Paling Gemilang
2008-08-25 12:59:03 CRI

Sukan Olimpik Beijing yang berlangsung selama 16 hari telah ditutup malam semalam. 16 hari tersebut meninggalkan keriangan yang mendalam kepada atlet dari pelbagai negara termasuk dari Filipina. Beberapa orang atlet Wushu dari Filipina menyatakan bahawa Sukan Olimpik Beijing merupakan temasya yang paling gemilang. Pengalaman selama 16 hari itu akan menjadi keriangan yang tidak dapat dilupakan oleh mereka sepanjang hayat.

Dalam Sukan Olimpik kali ini, jumlah anggota kontinjen Filipina tidak ramai. Pencapaian mereka juga tidaklah begitu baik. Namun, mereka menikmati kegembiraan kerana menyertai Sukan ini. Para atlet dan pegawai kontinjen tersebut menyatakan bahawa Sukan Olimpik Beijing ini Imerupakan Sukan Olimpik yang paling indah. Upacara perasmian yang gilang-gemilang, bandar yang bersih, lalu lintas yang lancar, stadium pertandingan yang sempurna, dan jadual pertandingan yang teratur memberikan tanggapan yang psitif kepada mereka. Antara atletnya, Mary Jane Estimar menyatakan bahawa Sukan Olimpik kali ini amat berjaya, bandar bersih dan indah, lalu lintas lancar.

Selain daripada acara rasmi yangbegitu banyak, temasya Sukan Olimpik Beijing juga menyediakan beberapa acara persembahan. Wushu ialah salah satu daripadanya. Wushu China yang bersejarah lama telah dimasukkan pertama kali dalam Sukan Olimpik. Atlet Wushu Filipina, Benji Rivera telah memenangi pingat gangsa dalam acara Wushu ini. Beliau menyatakan bahawa pingat ini berbeza dengan pingat yang lain, kerana pingat ini ialah pingat Sukan Olimpik.

Benji Rivera telah datang ke Beijing sebanyak enam kali. Beliau menyatakan bahawa Beijing merupakan bandar yang terus berubah dari masa ke masa. Berbanding dengan pengalamannya ke Beijing beberapa kali terdahulu, kini, lalu lintas di sini lebih lancar, manakala stadium pula sangat indah. Beijing telah mencapai kemajuan yang besar dan berjaya memenuhi janjinya tentang Sukan Olimpik kepada dunia.

"Satu Dunia, Satu Impian" merupakan tema Sukan Olimpik Beijing. Bagi para atlet, pencapaian mereka dalam Sukan Olimpik ini mencerminkan latihan yang dilakukannya dengan bertunglens-lumas selama ini. Atlet Filipina, Mariane Mariano menyatakan bahawa sebagai seorang atlet, penyertaannya dalam Sukan Olimpik Beijing merupakan pengalaman yang amat istimewa dan tidak dapat dilupakan.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |