v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Jumpa Lagi, Beijing!
2008-08-27 17:27:55 CRI

Jumpa lagi, Sukan Olimpik kali ini mencipta banyak rekod yang baru. Beijing meninggalkan 38 rekod dunia, 102 rekod Sukan Olimpik serta rekod negara dan kawasan peserta paling banyak yang memperoleh pingat kepada sejarah Olimpik. Di samping itu, atlet yang memperoleh pingat emas paling banyak dalam sejarah Olimpik juga terjadi dalam Sukan Olimpik Beijing. Sebagai tuan rumah, China menduduki tempat pertama dalam pengumpulan pingat emas. Sukan Olimpik yang begitu gilang-gemilang akan membolehkan lebih ramai kanak-kanak meminati Olimpik.

Jumpa lagi, Semua atlet! Di Beijing, mereka berusaha keras untuk berjaya dalam pertandingan, menangis, kerana kecewa dan gembira saling berbaur dan kenangan yang tidak dapat dilupakan. Pengerusi Suruhanjaya Penganjur Olimpik Antarabangsa, Jacques Rogge pernah menyatakan bahawa mereka merupakan wakil semangat Olimpik yang sebenar. Mereka akan membawa pulang idea tersebut ke kampung halaman. Ketika Rusia dan Georgia berada dalam kawah peperangan, dua penembak wanita dari kedua-dua negara tersebut saling berpelukan di podium Beijing. Waktu itu tidak akan hilang dalam ingatan semua orang insiden tersebut.

Jumpa lagi, Semua sukarelawan! Mereka merupakan sebahagian tenaga yang memastikan tidak berlaku sebarang kekurangan dalam Sukan Olimpik. Walau bagaimanapun bila tiba waktu berpisah, mereka masih mengukir senyum dan menyatakan perhatian di saat-saat akhir.

Jumpa lagi, media dan wartawan dari pelbagai negara yang menyiarkan "Sukan Olimpik yang gemilang" kepada dunia. Mereka penyebar maklumat yang sejati melalui mereka, dunia melihat China yang sebenar, Beijing yang sebenar.

Sukan Olimpik juga mengucapkan selamat tinggal kepada 1.3 bilion orang rakyat China yang mesra.

Jumpa lagi, Beijing! Saya suka Beijing! Kita berjumpa lagi di London pada tahun 2012!

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |