v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Beijing Merupakan Tanah Bertuah bagi Atlet Estonia
2008-08-28 16:30:07 CRI

 Johan acara lempar cakera lelaki Sukan Olimpik Beijing, Gerdatlet Kanter dari Estonia ketika diwawancara semalam menyatakan bahawa Beijing merupakan tanah bertuah bagi atlet lempar cakera dari Estonia. Beliau amat menghargai penghormatan yang diperolehnya dalam Sukan Olimpik Beijing.

Gerdatlet Kanter telah menghadiri upacara perayaan untuk kontinjen Estonia yang diadakan di Tallinn, ibu negara Estonia. Beliau memberitahu wartawan bahawa Beijing merupakan tanah bertuah bagi atlet lempar cakera Estonia. Pada tahun 2001, Tammert Aleksander, juga dari Estonia, memenangi pingat emas dalam Sukan Universiti Dunia di Beijing. Pada tahun 2006 pula, Margus Hunt merangkul pingat emas dalam Kejohanan Olahraga Belia Dunia yang diadakan di Beijing. Khususnya, pada tahun ini, beliau sendiri memperoleh pingat emas dalam Sukan Olimpik. Gerdatlet Kanter menyatakan bahawa beliau amat menghargai penghormatan itu dan berharap dapat menyertai pertandingan di Beijing lagi.

Gerdatlet Kanter menyatakan bahawa ketika menjadi johan lempar cakera Sukan Olimpik Beijing, beliau berlari di stadium dengan sebuah bendera kebangsaan negaranya. Sebagai johan dunia, sasarannya yang akan datang adalah "berusaha memecahkan rekod dunia pada tahun depan".

Gerdatlet Kanter menyatakan bahawa Sukan Olimpik Biejing merupakn temasya sukan yang amat tinggi taraf pertandingan dan penganjurannya. Beliau "ingin mengucapkan tahniah kepada China kerana China telah menganjurkan temasya sukan yang begitu besar dengan jayanya", dan juga menyediakan platform kepadanya untuk mencapai impiannya untuk menjadi johan dalam Sukan Olimpik.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |