v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Lebih 40 Ribu Sukarelawan Berkhidmat untuk Sukan Paralimpik
2008-08-29 13:50:21 Agensi Berita Xinhua China

44 ribu orang sukarelawan akan berkhidmat untuk Sukan Paralimpik Beijing. 90% daripada mereka adalah sukarelawan yang telah berkhidmat untuk Sukan Olimpik Beijing baru-baru ini. Para sukarelawan tersebut bertugas di lebih 2,170 pos perkhidmatan dalam 43 bidang.

Sidang Penyusunan Kerja Sukarelawan Paralimpik Beijing telah diadakan semalam. Pengarah Bahagian Sukarelawan Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing(BOCOG), Liu Jian menyatakan bahawa seramai 908,334 orang telah mendaftar untuk menjadi sukarelawan bagi Sukan Paralimpik Beijing, dan hanya 44 ribu orang dari 27 buah negara dan wilayah telah terpilih. 90% sukarelawan tersebut pernah berkhidmat untuk Sukan Olimpik Beijing. Bahagian Sukarelawan BOCOG telah menyediakan latihan yang menyeluruh bagi mereka dalam tempoh 3 tahun yang lalu. Mereka menerima latihan tersebut di pusat latihan Sukan Paralimpik, pusat terapi orang kurang upaya dan pusat perkhidmatan orang kurang upaya. Setelah tamat daripada latihan tersebut, keupayaan mereka untuk menyediakan perkhidmatan kepada orang kurang upaya telah meningkat dengan ketara.

Para sukarewalan tersebut akan bertugas di lebih 2,170 pos perkhidmatan dalam 43 bidang termasuk perkhidmatan untuk penonton, perkhidmatan lalu lintas, pemeriksaan keselamatan, sokongan teknologi, perkhidmatan perubatan, perkhidmatan bahasa dan upacara penyampaian hadiah.

Selain 44 ribu orang sukarelawan yang berkhidmat di gelanggang Sukan Paralimpik itu, 550 buah pusat perkhidmatan sukarelawan juga dibuka di seluruh bandar raya Beijing untuk menyediakan perkhidmatan maklumat, bahasa dan perkhidmatan kecemasan. Selain itu, kira-kira sejuta orang sukarelawan dari kalangan masyarakat juga akan berkhidmat untuk temasya sukan ini, dan lebih sejuta orang penonton akan dikumpulkan untuk bersorak bagi para atlet kurang upaya itu.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |