v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pusat Beli-Belah akan Dibina di "Sarang Burung" dan "Kubus Air" PascaSukan Olimpik Beijing
2008-08-29 14:03:31 Agensi Berita Xinhua China

Pengarah Jabatan Pentadbiran Pelancongan Beijing, Zhang Huiguang baru-baru ini menyatakan bahawa di "Sarang Burung", stadium utama untuk Sukan Olimpik dan "Kubus Air", iaitu Pusat Akuatik Negara akan dibina lagi pusat beli-belah. Kawasan Sukan Olimpik Beijing akan menjadi taman Sukan Olimpik yang menyediakan gelanggang sukan, ruang hiburan, restoran dan pentas kebudayaan. Selain itu, "Kubus Air" akan menjadi taman rekreasi akuatik. Taman ini pula menyediakan pantai dengan ombak buatan, kemudahan rekreasi akuatik, kelengkapan riadah dan latihan. Taman itu akan menjadi pusat rekreasi akuatik yang terbesar di Beijing dan projeknya akan dimulakan pada akhir tahun ini.

80% bilik dalam pusat media Sukan Olimpik telah dijual kepada orang awam sebagai rumah biasa. 70% bilik di kampung Sukan Olimpik juga telah dijual. Projek mengubah suai Pusat Konvensyen Negara akan dimulakan pada bulan Oktober tahun ini. Pusat tersebut akan digunakan sebagai tempat persidangan, perdagangan, hotel dan pejabat. Projek pengubahsuaian tersebut dijangka selesai pada setengah tahun kedua tahun depan. Stadium Bola Keranjang Wukesong akan dibuka secara percuma kepada pengunjung.

Obor Sukan Olimpik Beijing masih dipamerkan di "Sarang Burung" sekarang ini. Bangunan yang hebat itu akan menjadi pusat sukan dan kebudayaan yang mengandungi ruang untuk membeli-belah, restoran dan panggung. Walau bagaimanapun, projek pengubahsuaian tersebut tidak akan mengubah bentuk asal "Sarang Burung".

Stadium Sukan Olimpik nescaya akan menjadi destinasi pelancongan yang menarik bagi pelancong dari dalam dan luar negara setelah temasya sukan itu berakhir. Jabatan Pentadbiran Pelancongan Beijing telah menyusun rancangan yang terperinci berkait dengan urusan penerimaan pelancong di stadium-stadium tersebut. Menurut rancangan tersebut, Beijing akan menyediakan berbagai-bagai pakej seperti lawatan ke stadium, lawatan ekologi dan lawatan kebudayaan Sukan Olimpik.

Ramai pelancong dijangka akan melawat Beijing ketika cuti panjang hari kebangsaan pada 1 Oktober nanti. Jumlah maksimum pelancong yang boleh diterima di pusat kawasan stadium Sukan Olimpik ialah 250 ribu orang. Jabatan Pentadbiran Pelancongan Beijing telah membuat rancangan untuk mengubah suai kemudahan di kawasan stadium Sukan Olimpik agar dapat menyediakan perkhidmatan yang baik kepada pelancong.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |