Aibaidula, Pewaris Pembuat Sudu Kayu Aibaidula, yang berumur 67 tahun merupakan seorang pewaris pembuat sudu kayu etnik Uygur. Beliau mempunyai pengalaman menghasilkan sudu kayu selama lebih 30 tahun. Kini, teknik membuat sudu kayu disenarikan dalam warisan budaya bukan benda di kaunti Keping, Xinjiang. Kerajaan tempatan memberikan sokongan kepadanya untuk membantu teknik ini terus diwariskan. Menurut Abaidula, beliau akan mengajar lebih ramai orang menguasai teknik membuat sudu kayu. |
Rumah Baharu Yerken Yerken, penternak etnik Kazak di pekan Beitun, bandar Altai, Xinjiang. Beliau pernah menyewa rumah di pekan Beitun untuk memudahkan dua anaknya bersekolah. Kini, beliau hanya membayar RMB 43 ribu untuk membeli rumah baharu seluas 90 meter persegi. |
Majlis Perkahwinan di Kawasan Perumahan Bahagia Xinjiang Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang mula melaksanakan projek pembinaan Perumahan Bahagia pada tahun 2011, termasuk membina perumahan antigempa bumi, mengubah suai rumah yang rosak, membina rumah baharu bagi pengembara, membina semula rumah yang rosak dalam bencana alam, mengubah suai rumah bagi golongan kurang upaya miskin, dan membina rumah bagi keluarga yang miskin. |
Pokok-pokok yang Dilitupi Salji Baru-baru ini, beberapa tempat di Altai, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang China turun salji, suhu udaranya agak rendah. Pokok-pokok yang tidak gugur daunnya kini erat menanggung salji yang turun dengan lebatnya. Gabungan hijau putih melahirkan pemandangan yang indah permai. |
Ekspo Pelancongan Musim Sejuk Xinjiang ke-7 Pesta Ais dan Salji Barat China dan Ekspo Pelancongan Musim Sejuk Xinjiang ke-7 berlangsung di Urmuqi pada 30 November lalu. Aktivti yang bertemakan "Xinjiang yang Mempesona dan Salji yang Menarik" ini, bertujuan untuk mempromosikan pelancongan Xinjiang pada musim sejuk kepada pelancong dalam dan luar negara. |