v "Nailao" "Nailao" dibuat daripada susu dan cuka beras. "Nailao" dalam bahasa Mandarin bermaksud keju, tetapi "Nailao" tidak sama seperti keju, dan rasanya manis, seperti puding. | v Steamboat Steamboat, yang juga dikenali sebagai Hot Pot berasal daripada satu legenda. Kononnya, Genghis Khan, maharaja pertama zaman Dinasti Yuan telah mengetuai pasukan tenteranya bertempur dengan musuh. |
v Lu Da Gun "Lu Da Gun" dibuat daripada tepung sejenis beras berwarna kuning. Kiuh ini berinti kacang merah dan disalut dengan tepung kacang hijau. "Lu Da Gun" bermaksud keldai bergolek-golek. | v Wandou Huang Wandou Huang (Kuih Kacang Kuning) dibuat daripada sejenis kacang kuning, dan rasanya manis. Bahan untuk membuatnya dan hasilnya hampir sama dengan kuih "kole kacang" di Malaysia. |
v Chatang Chatang ialah sejenis makanan seperti bubur. Ia dibuat daripada tepung goreng dengan dibubuh air panas, , tetapi lebih halus. Rasanya manis dan masin sedikit. | v Doufunao Doufunao ialah sejenis tauhu lembut yang dimakan bersama-sama dengan sup kambing yang dicampur cendawan telinga kera dan telur. Rasanya masin sedikit. |
v Aiwowo Aiwowo dibuat daripada tepung pulut dan ada inti yang manis di dalamnya. Rasanya seperti Buah Melaka tanpa kelapa. |