Pemilihan 10 berita Asia Tenggara paling penting, bahagian penilaian panel penilai dari media-media ASEAN, termasuk Radio 24 Bernama, Tempo Indonesia, Agensi Berita Vietnam, Agensi Berita KTL Laos dan Radio Kebangsaan Laos, diumumkan hari ini. Para pengguna internet dialu-alukan terus membuang undi untuk pemilihan ini. Tarikh tamatnya 15 Januari 2010.
10 berita yang dipilih ialah:
1. Perjanjian Sempadan Darat China-Vietnam Ditandatangani
2. Peralihan Kuasa Politik Malaysia yang Berjalan Lancar
3. Siri Persidangan Pemimpin ASEAN di Thailand Dibatalkan Ekoran Pergolakan dalam Negeri
4. Kejadian Keganasan yang Menjadi-jadi Menyebabkan Kerajaan Indonesia Mempertingkatkan Usaha Membanteras Keganasan
5. A.S Menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama Asia Tenggara (TAC)
6. Rundingan Penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN Diselesaikan dengan Jayanya
7. Kerajaan A.S. Ubahsuai Polisi Mengenai Myanmar
8. Hubungan Tegang Thailand dengan Kemboja
9.Kes Pembunuhan Politik Berlaku di Filipina
10. Inisiatif Pelbagai Hala Chiang Mai (CMIM) ditandatangani