Tampaknya carta lagu popular kita minggu ini sudah menggembirakan kebanyakan penyanyi. Syabas dan tahniah kepada Steve Chou yang membawa lagu barunya "Tergesa-gesa" berjaya juga mara ke anak tangga ke-8. Satu pencapaian yang cukup baik kerana lagu ini baru dua minggu berada dalam carta Hits Minggu Ini.
Lagu ini juga dari album "Peu De Mémoire" yang turut memuatkan lagu "Rasa Jijik" yang pernah kami perkenalkan sebelum ini. Satu permulaan yang baik kepada Steve Chou.

Steve Chou








