Selepas tiga minggu berada dalam carta, akhirnya kedudukan lagu "Perangkap" dendangan Cindy berganjak sedikit, yakni naik 2 anak tangga ke anak tangga ke-8 minggu ini, dari anak tangga ke-10 minggu lepas. Lagu ini termuat dalam album keduanya yang berjudul "2 be Different" yang baru dilancarkan pada 29 September lalu.









