Cari:
Hongbao, Gembira Nak Dapat, Susah Nak Beri
2014-01-28 15:40:32 CRI Cetak

Setiap orang pasti ada kenangan manis tentang "Hongbao" atau duit raya. Waktu kita masih kecil, duit raya amat dinanti-nantikan kerana itu bukan sahaja peluang untuk kita membeli apa sahaja barang yang dihajati, tetapi juga untuk merasai kebebasan menggunakan wang seperti orang dewasa.

Kini, nilai Hongbao telah berubah, khususnya di China. Dalam tempoh 20 tahun yang lalu, ekonomi China telah membangun dengan pesat, oleh itu duit raya bagi anak-anak juga meningkat. Pada sepuluh tahun yang lalu, 200 yuan dianggap sesuai untuk satu Hongbao, namun sekarang, 500 yuan sudah menjadi kebiasaan. Ini juga mengakibatkan masalah, kerana ada orang tidak mahu balik ke kampung pada waktu Tahun Baharu Cina kerana tidak mahu memberi Hongbao kepada anak-anak saudara.

Ruangan Suara Sutera pada 29 Januari nanti akan memfokuskan topik mengenai Hongbao. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman web malay.cri.cn. Komen dan pandangan pula boleh dihantar ke mal@cri.com.cn

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China