Masyarakat Han China memiliki pelbagai jenis pakaian tradisional yang cukup anggun dan segak, daripada Cheongsam hinggalah jubah panjang kain sutera bersulam. Pakaian ini semuanya mempunyai ciri tersendiri yang istimewa dan sudah sebati dengan identiti orang China.
Pada zaman dahulu, pakaian sebegini biasa dipakai sehari-hari. Namun, pada zaman sekarang ini, selain dalam upacara perkahwinan atau persembahan kesenian dan kebudayaan, pakaian tradisional sudah jarang dipakai oleh orang China. Malah, meskipun menyambut perayaan tradisi seperti Tahun Baharu Cina, mereka lebih gemar mengenakan baju bercorak Barat seperti kemeja-T, seluar jean dan baju gaun.
Apa sudah jadi dengan pakaian tradisional orang China? Mengapa pakaian yang cukup istimewa ini sudah menjadi kurang popular sekarang?
Topik ini akan dibincangkan dalam ruangan Suara Sutera pada 5 Februari nanti. Saudara dialu-alukan untuk mengirimkan komen dan pandangan mengenai topik ini ke mal@cri.com.cn